Shaklee Offer
Umrah 5 Bintang Tajaan Shaklee
Pakej Umrah 5 Bintang Tajaan Shaklee Untuk Abah dan Mak
Alhamdulillah… Hampir genap setahun sudah Mak dan Abah dijemput menjejakkan kaki ke Mekah melalui Umrah 5 Bintang Tajaan Shaklee. Hanya Allah yang tahu betapa syukurnya dapat menunaikan impian mereka untuk mengerjakan umrah.
Syukur tak terhingga bila melihat kedua ibubapa saya telah selamat pulang ke tanahair pada petang 2/1/2015 . Setelah hampir 12 hari menyertai rombongan Umrah dan Ziarah Shaklee kali ini. Destinasi percutian tajaan Shaklee bagi tahun 2014 adalah Istanbul, Turki. Percutian luar negara pertama buat kedua abah dan mak saya.
Pada tahun ini, destinasi ziarah umrah Shaklee adalah ke Dubai dan Abu Dhabi. Saya doakan semoga trip tahun ini dipermudahkan dan semoga mereka yang menyertai trip ini mendapat umrah yang mabrur. Pada ketika artikel ini ditulis, trip umrah Shaklee 2015 baru sahaa sampai di Mekah. Semoga mereka diberikan kesihatan untuk menunaikan umrah. Aaminn.
Inilah indahnya bisnes Shaklee. Bagi mana-mana Leaders Shaklee yang layak menerima tajaan cuti percuma Shaklee ini boleh memilih samada diri sendiri yang mahu pergi atau mahu hadiahkan kepada ibubapa sendiri / mertua. Impian pertama saya ingin menghantar kedua ibubapa saya ke tanah suci akhirnya dimakbulkan Allah swt.
Yang paling menariknya trip umrah 2014, kalau anda perasan dalam gambar di atas hampir 90% daripada jumlah jemaah Umrah terdiri daripada
makcik-makcik dan pakcik-pakcik kan? Ye memang benar ! Istimewanya trip kali ini ramai Leader Shaklee yang hadiahkan percutian percuma ini kepada ibu dan ayah masing-masing. Seronok kan?? Family business gitu~
Persiapan ke Tanah Suci dan Istanbul
Untuk pengetahuan anda, Shaklee Malaysia bukan sahaja menaja tiket kapalterbang pergi dan balik, hotel 5 bintang, makan sepanjang percutian di Istanbul, Madinah dan Mekah, malah para jemaah juga diberikan beberapa kelengkapan diri masing-masing sebelum berlepas.
Setiap peserta rombongan diberikan beberapa kelengkapan diri secara percuma seperti :
- jaket tebal kerana musim sejuk di Turki
- luggage
- sling bag dan bag selipar utk kegunaan di Mekah
- kain ihram (lelaki)
- telekung (wanita)
Selain dari itu, pihak Shaklee juga mengadakan taklimat dan kursus Umrah bertempat di Shaklee HQ, Bandar Sunway.
Lawatan di Istanbul Turki, Madinah dan Mekah
Seronok dengar abah dan mak bercerita pengalaman mereka di Turki, Madinah dan Mekah. Tambahan pula waktu di Istanbul tu dalam musim sejuk! Satu pengalaman baru buat mereka dapat merasai suasana musim sejuk di negara orang. Saya tumpang excited dan terharu sangat-sangat !!!
Nak tau tak? Sepanjang trip samada di Istanbul ke Madinah ke Mekah ke….tuan puan hanya bawak badan je tau. Kemas-kemas bag aje..nanti ada orang yang akan pickup luggage mereka dari bilik hotel hantar ke airport…dari airport hantar ke bilik hotel. Layanan VVIP la katakan. 😉
Di ketiga-tiga tempat mereka di bawa melawat ke tempat-tempat bersejarah, tempat pemandangan cantik-cantik, dapat merasa bersiar-siar menaiki cruise di Istanbul. Wahhh memang high class layanan Shaklee kan?

Abah dan Mak di Gala Dinner Istanbul dengan tema “Arabian Night”
Ini pula ‘surprise gift’ dari Shaklee untuk setiap peserta yang diletakkan terus di dalam bilik masing-masing.

Manisan berkacang yang sangat sedap !
Vitamin Untuk Jemaah Umrah
Saya bekalkan mereka vitamin untuk jemaah umrah supaya kedua mak dan abah bertenaga dan tak sakit kaki.
- Vitalea – multivitamin
- B-Complex – bekalkan tenaga
- Vitamin C – kuatkan antibodi
- Advanced Joint Health – pelihara sendi bagi melancarkan pergerakan
- Omega Guard – hangatkan badan terutamanya di musim sejuk
- Ostematrix – mengurangkan letih dan lesu badan, tidur yang lena
- Nutriferon – immune booster
First time tau tengok Abah dan Mak “selfie”. 😉 Seronok sangat tengok Abah dan Mak excited bercerita kepada kami adik-beradik. InsyaAllah mudah-mudahan lepas ni rezeki kami adik beradik pula menjadi tetamu Allah ke tanah suci. InsyaAllah !!!
Inilah rewards yang Shaklee berikan kepada Leader Shaklee yang berusaha mengumpul point yang telah ditetapkan bagi melayakkan mereka memperolehi TIKET PERCUTIAN PERCUMA seperti ini. Kita semua BOLEH !!! FOKUS dengan matlamat dan IMPIAN anda !!!
Selamat menunaikan umrah GenkiMomma & GenkiPapa. Semoga mendapat Umrah yang mabrur.