World Quran Hour Pada Hari Arafah

World Quran Hour Pada Hari Arafah

Pada hari Arafah, Ahad ni, In-sha-Allah mari ramai-ramai menyahut cabaran World Quran Hour. Orang ramai tidak kira di mana jua berada boleh meluangkan masa selama satu jam untuk membaca al-Quran serentak sama ada secara berkumpulan, sendirian atau beramai-ramai sempena World #QuranHour pada jam 9.00 pagi, 9 Zulhijjah ini.

World Quran Hour

Marilah sesama menyahut cabaran benda yang mendatangkan pahala ni. Kalau earth hour boleh, kenapa yang ni tidak. Semoga usaha kita untuk menegakkan syiar islam walaupun tak seberapa ni mendapat keberkatan dari Nya. Insya Allah. Mari kita war-warkan kepada sahabat-sahabat, kaum keluarga kita. Mari sama-sama kita “collect” pahala.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Marilah kita menghayati ibadah korban dari sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Sejarah pengorbanan yang paling mulia dalam islam. Marilah kita sesama korbankan 1 jam dari pukul 9 pagi sampai 10 pagi untuk sesama membaca dan memahami isi yang terkandung dalam Al-Quran. Imam besar kita.

Astaghfirullahal ‘Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..
Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..
Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..

Ya Allah…
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus.
Agar kami tidak sesat dan tersesatkan…

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Di kesempatan ini RV ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca yang beragama islam tidak kira dimana berada.