Shaklee Offer

Warna Poop Baby, Ketahui Maksud Disebaliknya

Ketahui Maksud Disebalik Warna Poop Baby

Peringatan! Kalau anda tengah makan ker.. Sila baca kemudian entry ini yer. Sudahkan makan dulu baru sambung baca.Sebagai seorang ibu, (terutamanya ibu-ibu baru).. bila baby kita ‘membuang’, kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa warna poop baby macam ni… kenapa kaler kuning la… kaler hijau la.. hitam laa.. rungsing jugak kan bila kita sendiri tak tahu apa maksud di sebalik setiap warna poop baby kita itu.

 Warna Poop Baby, Ketahui Maksud Disebalik

Ok, bagi mengurangkan rasa rungsing di hati ibu-ibu di luar sana, saya nak kongsikan info yang sangat berguna sebagai panduan kita sebagai seorang ibu. Sekurang-kurangnya kita dapat bertindak lebih awal sekiranya poop baby menunjukkan warna yang tidak berapa ‘sihat’.

DIAPER DECODER

Apa Maksudnya?

Meconium ialah najis pertama bayi anda selepas kelahirannya, dan ia adalah sangat normal. Ia kelihatan hitam kehijauan kerana mengandungi bilirubin, pecahan dari komponen sel darah merah yang berwarna hijau kekuningan. Kolustrum yang terkandung dalam susu awal ibu bertindak sebagai
laksatif (laxative) untuk membantu bayi anda mengeluarkan meconium selama lebih kurang 3 hari.

Greenish-Black and Sticky

AKA: Meconium
Looks Like: Licorice or Tar
A fetal stool, meconium is made of debris left over from amniotic fluid.

warna poop baby

 Apa yang Perlu Saya Lakukan?

Jangan risau, ia adalah normal, sihat dan bersifat sementara.(Jika lebih dari 3 hari, sila berkunjung ke klinik yaa)