Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

3 Resepi VIVIX Smoothie Yang Ummmppphh

Vivix Smoothie

Lama RV tak update pasal resepi smoothie. Sebelum-sebelum nie, RV selalu up resepi Smoothie untuk ESP. Kali ni RV uploadkan Vivix Smoothie pulak. Memang nampak gojes gitu. Dengan kemerah-merahannya. Di blend pulak tu dengan ais. Perghhh… mimum tengah musim panas ting-ting ni memang terangkat.

VIVIX tu apa? Baca kat SINI. Supplemen AWET MUDA yang paling HOT dan yang THORBAIKK dari Shaklee.

Kalau korang nak mencuba, bolehlah cuba try test resepi-resepi kat bawah ni. Setakat ni RV uploadkan 3 resepi dulu. Nanti kalau dapat yang lain, RV uploadkan lagi. Semuanya dari Shaklee.

Vivix Dragon Fruit Drink

Vivix Smoothie

Vivix Dragon Fruit Drink

Bahan-bahan

  • 2 sudu teh Vivix
  • 2 cawan buah naga (Dragon fruit ler)
  • 500 ml air sejuk

Kisar semua bahan-bahan kat atas sampai halus. Siap unutk diminum.

 

VIVIX Jingle Mocktail

Vivix Smoothie

VIVIX Jingle Mocktail

Bahan-bahan

  • 1 Hirisan besar tembikai merah (Cincang halus)
  • 2 hirisan lemon / limau nipis (ambil air perahannya)
  • 1/2 cawan air sparkling (air gas, ais cream soda pun boleh)
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu teh Vivix
  • Beberapa helai daun pudina
  • bebarapa ketul kiub ais

Goncangkan campurkan tembikai, air, jus limau dan daun pudina. Tambahkan air sparkling, vivix dan air. Hiaskan dengan hirisan limau. Siap untuk dihidangkan. TAPI kalau nak best lagi. korang blend tembikai dengan kiub ais. Lagi kaw.

 Prosperous VIVIX Cooler

Vivix Smoothie

Prosperous VIVIX Cooler

Bahan-bahan

  • 1 Cawan anggur hitam
  • 1/2 biji oren (saiz sederhana)
  • 1 biji pisang
  • 2 sudu teh VIVIX
  • 1/2 biji lemon/limau nipis
  • 3~5 ketul kiub ais.

Kisarkan anggur, oren, dan pisang. Tambahkan jus limau, ais dan VIVIX. Hiaskan dengan hirisan limau.

SELAMAT MENCUBA!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.