Ubat Kencing Manis, Fungsi dan Kesan Sampingan

ByRV Master

Ubat Kencing Manis, Fungsi dan Kesan Sampingan

Jenis-jenis Ubat Kencing Manis

Banyak rupanya Ubat Kencing Manis ni kan. Setiap jenis ubat ni ada fungsinya yang tersendiri dan mempunyai kesan sampingannya masing-masing. Nak tau mana yang paling bagus dan paling sesuai, kenalah tanya doktor. Jangan main ambil sembarangan jer yer.

1. BIGUANIDES

Jenis-jenis Ubat Kencing Manis

Contoh: Metformin HCl, Metformin XR, Metformin SR

Fungsi:

  • Meningkatkan kepekaan sel-sel badan terhadap insulin dengan meningkatkan penggunaan gula oleh otot.
  • Mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
  • Mengurangkan penyerapan gula oleh usus.

Kesan sampingan

  • Loya
  • Muntah
  • Pening
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Ruam kulit

 

2.SULFONILUREA

Contoh:Glibenclamide, Gliclazide, Gliclazide MR, Glimepiride

Fungsi:

  • Meningkatkan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas.

Kesan sampingan

  • Paras gula darah terlalu rendah (hipoglisemia)
  • Peningkatan berat badan
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Ruam kulit.

 

3.PERENCAT ALFA-GLUKOSIDASE

Contoh: Acarbose, Miglitol

Fungsi:

  • ¬†Merencatkan tindakan enzim-enzim tertentu di dalam usus kecil, justeru melambatkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah.

Kesan sampingan

  • Kembung perut
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Kentut

4.THIAZOLIDINE-DIONES

Contoh: Rosiglitazone, Pioglitazone

Fungsi:

  • Meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisme karbohidrat.

Kesan sampingan

  • Bengkak / sembab
  • Peningkatan berat badan
  • Peningkatan kolesterol (LDL)
  • Peningkatan risiko kerapuhan tulang
  • Peningkatan risiko kegagalan jantung kongestif.

 

5.THIAZOLIDINE-DIONES

Contoh: Repaglinide, Nateglinide

Fungsi:

  • Meningkatkan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas, maka ia berkesan untuk mencegah paras gula tinggi selepas makan.

Kesan sampingan

  • Paras gula darah terlalu rendah (hipoglisemia)
  • Peningkatan berat badan
  • Pening
  • Cirit-birit

 

6.PERENCAT DIPEPTYL-PEPTIDASE-4

Contoh: Sitagliptin, Vildagliptin, Saxagliptin, Linagliptin

Fungsi:

  • Merangsang perembesan insulin bergantung kepada paras gula dalam darah
  • Mengurangkan penghasilan gula oleh hati.

Kesan sampingan

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Ruam kulit

Sumber

About the author

RV Master administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.