Tips-tips Membeli Di Instagram

Tips-tips Membeli Di Instagram

Tips-tips Membeli Di Instagram

Selain butik jenama yang mempunyai laman web sendiri, media sosial terutama Instagram mempunyai jutaan ‘kedai’ atau restoran dalam talian. Akaun khas bagi setiap produk berbeza dibuka untuk menawarkan servis dan barangan jualan kepada kita. Tips-tips Membeli Di Instagram

Penulis yakin, hampir 90 peratus Gen Y sekarang mempunyai akaun Instagram (IG) dan kebanyakannya juga boleh dianggap ‘pembeli tegar’ produk dalam talian. Tanpa perlu bersusah payah ke pusat beli-belah, akaun jualan di Instagram menjadi pilihan remaja.

Namun, bagaimana untuk kita elakkan diri daripada dianiaya? Memandangkan banyak aduan membabitkan penipuan jual beli atas talian direkodkan, Gen Y kongsi tip berguna untuk anda.

BACA TESTIMONI

Testimoni adalah ruangan komen atau kenyataan daripada pengguna lain yang sudah menggunakan servis atau produk terbabit. Perlu diingat, akaun IG yang memiliki jumlah pengikut yang ramai belum tentu sah dan meyakinkan kerana kuantiti pengikut boleh dibeli.

Periksa komen di gambar produk atau gambar berkaitan yang dimuat naik sebelum membeli. Jika komen itu berbaur negatif ataupun ia ditulis oleh akaun ‘spam’, lebih baik cari akaun lain yang menjual barang sama.

CARI FAKTA SAH

Selain memeriksa testimoni, anda boleh melihat individu berkaitan yang pernah ditaja jenama terbabit. Sama ada membabitkan selebriti, kenalan rapat mahupun Insta-seleb, pastikan kesahihannya sebelum klik untuk membuat pembayaran.

beli di instagram


LIHAT GAMBAR

Kebanyakan daripada pembeli akan kecewa kerana barang diterima berbeza daripada gambar yang dimuat naik di akaun terbabit. Yang perlu dipastikan adalah keaslian gambar. Sama ada gambar produk diambil di Internet, dicuri daripada akaun lain atau dirakam sendiri oleh jurugambar mereka, anda tentukan.

Lebih selamat jika anda berhubung dengan pembeli dan minta mereka untuk hantar gambar produk sama, namun dari sisi berbeza.

BANDING HARGA

Ribuan akaun jualan dibuka hampir setiap hari di Instagram. Barangan dijual juga ada kalanya hampir sama atau sama seperti beberapa akaun lain. Sebelum memutuskan untuk membeli, ada baiknya untuk anda bandingkan dulu harga dengan beberapa kedai online lain. Mungkin agak leceh, tapi ia untuk selamatkan poket anda dengan mendapatkan barang pada harga lebih murah.

KEMAS KINI BAYARAN

Selepas selesai membuat bayaran, jangan lupa untuk meminta ‘tracking number’ daripada penjual. ‘Tracking number’ adalah nombor khas diberi oleh syarikat penghantaran barang untuk anda mengesan penghantaran barang berada di lokasi tertentu. Lebih mudah kerana anda boleh mengesannya melalui laman web syarikat penghantaran terbabit. Cepat, mudah dan selamat.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.