Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Saya sharekan Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu. Hanya gambar menceritakan segala-galanya…. Bestnya kalau dapat buat stok susu banyak2 macam dalam gambar tu kan? Namun saya suka nak ingatkan bahawa pengambilan vitamin hanyalah sebagai salah satu cara agar tubuh ibu sustained sihat dan bertenaga. Mempunyai mood yang baik dan boleh menangani stress dengan baik.
Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Kadang-kadang ada juga berlaku sedikit tanggapan yang salah. Ada segelintir yang
beranggapan bila kita makan je vitamin, automatik susu  pun bertambah, melimpah ruah…salah tu yer…

Walau seberapa banyak pun vitamin yang kita makan dengan tujuan untuk menambah dan meningkatkan penghasilan susu ibu, jika tidak betul caranya kita pasti tidak dapat apa yang kita hajati.

Saya sering ingatkan ibu-ibu yang mahu mencuba vitamin Shaklee agar jangan abaikan 3 perkara penting seperti di bawah. Jika kita makan vitamin ikut aturan yang betul, cara
mengepam/direct feeding yang betul serta amalkan 3 perkara di bawah, InsyaAllah!

“Sesungguhnya hanya Dia yang berhak menentukan
segala-galanya”

 

3 Perkara ini TIDAK boleh DIABAIKAN SAMA SEKALI iaitu :

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam… konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian.