Tips Susun Buku Sekolah Anak Dengan Cepat

Tips Susun Buku Sekolah Anak Dengan Cepat

Hari ni RahsiaVitamin tak nak cerita pasal vitamin. Disebabkan esok hari persekolahan negeri Johor akan bermula. Hari ni saya nak cerita Tips Susun Buku Sekolah Anak Dengan Cepat .

Semalam saya ada terbaca tips nak susun buku sekolah anak ikut jadual. Menarik juga idea tersebut. Sangat membantu anak-anak kita menyusun dan mengemas beg setiap hari persekolahan.

Sangat berkesan, sangat berguna dan sangat jimatkan masa. Caranya sangatlah mudah !

(Option 1)

Tips Susun Buku Sekolah

Mudah Jer Kan

1. Ikut je warna dari sticker tu. 1 warna sticker mewakili 1 hari.

2. Kalau warna merah untuk hari Isnin maka bila tiba hari Isnin, semua buku yang ada sticker merah boleh dimasukkan ke dalam beg sekolah.

Larislah jualan sticker warna warni minggu ini nampak gayanya. Maklumlah buku-buku pon baru aje dapat kan?

Masih belum terlambat untuk ibu-ibu apply tips mudah ni kan. Boleh apply untuk buku sekolah agama juga ni kan? Mudah dan cepat kerja anak-anak mengemas bag sekolah lepas ni.


(Option 2)

Ini sahabat satu universiti saya dulu yang buat untuk buku sekolah anak-anak beliau. Rasanya yang no 2 ni lebih praktikal rasanya.

Ibu-ibu boleh print HARI dan warna mengikut hari di atas kertas sticker berwarna putih. Mana lah tau nanti terlupa pula warna sticker merah tu untuk hari apa…hijau tu hari apa…jadi kalau dah siap ada tulis hari pada sticker tu lebih praktikal lah kan?


Selamat mencuba !!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.