Shaklee Offer

Tips Nak Nampak Confident Bila Bercakap

Tips Nak Nampak Confident

Ramai orang kat luar sana mengalami masalah keyakinan diri bila nak bercakap terutamanya bila bercakap di hadapan orang ramai termasuk ler diri saya sendiri. Kalau tak biasa, mulalah menggelabah, suara tersekat-sekat dan macam-macam lagi lah. Nak Tips Nak Nampak Confident bila bercakap?

Tips Nak Nampak Confident

Okkay. Artikel ni saya jumpa di internet dalam version English. Tujuan asal artikel ini ialah untuk memberikan panduan bagaimana nak memikat hati pasangan masing-masing melalui percakapan, perlakuan badan (body language) dan lain-lain. Untuk hari ni saya kongsikan tips yang semua orang boleh pakai.

Mungkin tips ini boleh digunakan untuk mereka yang menjual produk seperti kami, pengedar shaklee. Cakap kena yakin baru orang percaya. Kalau produk dah bagus, tapi tak kena gaya penyampaian pun susah juga kan.  Jangan salah guna yer tips ni..

Tips untuk tampil confident bila jumpa orang:

• Jangan silang tangan atau kaki semasa bercakap. Ini menampakkan yang anda tidak selesa atau takut.
• Sekerap mungkin dakap tangan anda depan perut.
• Sekali sekala letak tangan anda di belakang .
• Sentiasa berada dalam postur badan yang lurus.
• Berjalan dengan langkah yang laju.
• Sekali dua pertemukan lima jari tangan kiri ke lima jari tangan kanan anda ketika berbual.
• Jangan panik ketika membuat kesilapan atau bila ada benda yang terjatuh. Setiap orang pasti membuat kesilapan. Orang yang confident akan menerima situasi ini dengan tenang dan tidak menggelabah.
• Jangan masukkan kedua-dua tangan anda di dalam poket. Ini menampakkan bahawa anda tidak selesa dengan imej anda sendiri.

Bukan saya yang kata, buku “How to make someone fall in love with you” yang tulih. Kadang-kadang kat belakang nampak confident jer. Tapi bila kuar depan orang ramai, terkepit-kepit, tersipu-sipu. Nada suara pun boleh bertukar.

Lepas ni boleh ler pakat-pakat tengok body language orang lain masa public speaking. Untuk belajar takper. Jangan tengok benda lain sudah. Tak pasai-pasai nanti jadi perang dunia. Faham-faham jer la yer.

Banyak lagi tips nak nampak confident. Ingat yer, orang yang peramah belum tentu pandai/boleh bercakap depan orang ramai. So jangan suka under estimate orang yang senyap/pendiam yer. Jangan sangka air tenang takda buaya.

Okkay lah, cukup sampai di sini saja. Lain kali kita sembang lagi. Semoga ianya memberi manfaat untuk semua.