Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tips Mengurangkan Angin Dalam Badan

Punca Angin Dalam Badan

Ramai diantara kita yang mencari tips Mengurangkan Angin Dalam Badan. Gas atau angin dalam tubuh hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari:

  1. Udara yang disedut
  2. Bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat daripada gangguan sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadamkan  dengan baik dalam badan kita.

Secara purata, manusia akan mengeluarkan angin dalam badan sebanyak 14 kali sehari. Kebiasaannya angin akan keluar melalui sendawa atau kentut.

Tips Mengurangkan Angin Dalam Badan

Tips mengurangkan angin dalam badan

1. Mengelakkan makan makanan yang berangin (gassy food).

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Orang yang alami masalah angin dalam badan perlu mengenal pasti makanan yang menyebabkan berlakunya masalah angin seterusnya hindarkan makanan tersebut.

Terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh menyumbang kepada masalah angin dalam tubuh.

  • kacang, bunga kobis, kubis brussel, asparagus, brokoli
  • gula semulajadi yang terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim
  • buah pir, pic dan prun
  • kentang dan jagung

2. Mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

  • Minum sebelum makan – Minum air masak 30 minit sebelum makan dapat mengurangkan kadar keasidan di dalam perut dan boleh membantu melancarkan penghadaman di dalam perut.
  • Makan dan minum perlahan-lahan – Makan terlalu cepat boleh menyebabkan kita menelan udara dengan kadar yang banyak. Mereka yang memakai gigi palsu perlu memastikan gigi mereka cukup “lekap” unutk mengelakkan mereka menelan udara ketika makan.
  • Mengambil agen penghadaman – Pengambilan agen penghadaman sekali sekala adalah baik untuk usus. Bakteria baik dalam susu kultur boleh membantu menghadamkan makanan dalam usus dengan lebih efektif. Contohnya: Yakult (kurang manis) , vitagen dan seangkatan dengannya.
  • Buang tabiat ‘Sedut Angin’ – Sedut Angin di sini bermaksud menghisap rokok/vape, mengunyah ‘gum'(chewing gum), minum air beralkohol/berkarbonat dan minum melalui straw (logic ker?).
  • Mengelakkan pengambil ‘Sorbitol’ – ‘Sorbitol’ adalah pemanis tiruan yang boleh menyebabkan gas. Bahan ini selalunya banyak terdapat dalam ‘gula-gula getah’ (sugar-free gum).

3. Mengambil penawar yang boleh mengeluarkan ‘angin’

  • Pengambilan ubatan untuk mengurangkan angin dari farmasi.
  • Selain itu anda boleh mencuba amalkan minum air halia.
  • Pengambilan suplemen yang berasaskan halia seperti Peppermint Ginger Plus Shaklee. (Boleh dapatkan di www.rahsiavitamin.com)

Jika anda mengalami simptom-simptom angin dalam badan yang luar biasa, sila dapatkan pemeriksaan lanjut kerana ditakuti ianya adalah tanda-tanda penyakit dalam sistem pencernaan yang serius. Contohnya: Gastrik, kanser kolon/usus dan keracunan makanan.

Sumber rujukan: Everyday Health

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.