Shaklee Offer

Tips Elak Anak Demam Selepas Mandi Kolam

Tips Elak Anak Demam Selepas Mandi Kolam

Musim cuti sekolah dah nak tiba. Masing-masing mesti dah plan nak pergi bercuti-cuti kan. Pernah tak korang menghadapi situasi anak demam selepas mandi kolam. Terutamanya kat hotel-hotel ker kat taman tema air ker?.

Situasi ni pernah jadi kat saya. Lepas mandi pool, esoknya si comel ni terus demam. Masa tu umurnya lebih kurang 5 tahun. Semua plan tergendala sebab anak demam. Kata orang sebab kesejukanlah dan macam-macam lagi. Banyak sebab kenapa anak kita senang demam lepas mandi pool.

Anak Demam Selepas Mandi Kolam

 Antara sebab-sebab anak demam selepas mandi kolam yang saya baca ialah

  1. Air pool dicemari kuman/bakteria
  2. Antibodi anak anda tidak cukup kuat
  3. Anak anda sedang keletihan

Air pool dicemari kuman/bakteria

Sememangnya susah kita memilih kolam yang tercemar atau tidak. Semua warna air kolam hotel jernih. Tapi kita tak tahu air tu dah bercampur dengan air kencing dan peluh orang lain yang boleh mendatangkan mudarat bukan saja budak kecik, orang dewasa pun sama. Memang sukar bagi menghalang bakteria dan virus wujud dalam air kolam. Di kolam yang dikunjungi ramai orang termasuk anak kecil, tahap pencemarannya adalah tinggi.

Memang betul pengurusan Taman Air selalu menggunakan klorin bagi membersih kolam tetapi bahan ini cepat lupusnya jika terdapat kandungan pencemaran yang tinggi atau ramai pengunjung kolam serta kesan cahaya dan haba dari matahari. Tambah-tambah lagi ada pengunjung yang masuk ke dalam tanpa terlebih dahulu membersihkan diri / mandi di luar kolam. Lagi teruk kalau ada pengunjung yang tergamak masuk kolam dengan pakaian yang mereka pakai ketika sampai.

Antibodi anak anda tidak cukup kuat

Kanak-kanak sahaja ker yang demam? Tidak, orang dewasa pun boleh demam jika antibodi mereka pada tahap yang rendah. Antibodi kanak-kanak tidak sekuat antibodi orang dewasa. Antibodi kanak-kanak juga adalah berbeza bergantung kepada cara hidup keluarga masing-masing. Kanak-kanak yang mempunyai persekitaran atau tempat permainan yang terdedah akan mempunyai antibodi yang lebih kuat berbanding kanak-kanak yang hanya bermain di dalam rumah. Setuju?

Perasan atau tidak, anak-anak yang baru masuk ke taska akan lebih kerap mengalami demam atau selsema. Sebabnya ialah mereka terdedah kepada bermacam-macam jenis bakteria dan virus dari kanak-kanak lain. Demam adalah tanda mereka sedang membina sistem pertahanan dalam badan / antibodi.

Anak anda sedang keletihan

Jika orang dewasa berasa letih selepas beberapa jam di dalam kereta, begitu juga dengan anak-anak kita. Tidur merupakan cara untuk kita mengembalikan kecergasan badan. Apabila badan kita berada dalam keletihan, tahap sistem pertahanan badan kita juga akan menjadi lemah. Anak-anak yang berada keletihan akan mudah dimasuki bakteria sekiranya mereka terus mandi di kolam awam.

Adab-adab mandi kolam awam

Rasanya ramai yang kurang arif tentang ADAB-ADAB membawa anak mandi di kolam awam. Antaranya ialah

  1. Membersihkan diri / mandi sebelum masuk ke dalam kolam
  2. JANGAN KENCING di dalam kolam. (Menggalakkan pertumbuhan alga).
  3. JANGAN bawa masuk anak dengan pampersnya sekali.
  4. Jangan membawa anak ke kolam orang dewasa tanpa pengawasan.
  5. Mengenakan pakaian yang sesuai.

Tips mengelakkan anak demam selepas mandi kolam

Antara tips-tips yang boleh saya syorkan

  1. Sejurus sampai ke destinasi percutian, JANGAN terus masuk kolam.
  2. REHATKAN anak-anak dengan memberikan makan ringkas yang membekalkan tenaga segera contohnya coklat, kekacang dll.
  3. Mandikan anak dengan ‘air bersih’ SEBELUM dan SELEPAS bermain di kolam. Tujuannya adalah untuk membuang kotoran pada badan dan juga untuk menstabilkan suhu badan.
  4. Berikan supplemen untuk meningkatkan tahap imun anak-anak selepas mandi kolam. Contohnya supplemen minyak ikan.

 

Ingat tak dulu-dulu zaman-zaman mandi air hujan. Almaklumlah, masa zaman tu jangan mimpilah nak mandi pool bagai. Terlintas pun tidak. Sesiapa yang tak pernah merasa tu rugi woooo. Mak ayah kita mesti ‘bising’ kalau kita nak main hujan. Kalau mandi hujan pun mesti kena bilas pakai air paip. Kebiasaannya kalau lambat bilas mesti bersin-bersin takpun demam. Puncanya ialah air hujan mengandungi kandungan bahan-bahan kimia dan bahan-bahan cemar yang terdapat dalam udara.

Sekarang baru fahamkan kenapa lepas mandi hujan kena bilas pakai air bersih. Faham kan… kann.