Tip Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Tips Mengelakkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Tahu tak anda cara untuk Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Secara Semulajadi. Ada 4 tip utama yang boleh kita praktikkan.

Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

1. Jangan Merokok – Merokok boleh menyebabkan Kolagen bawah kulit musnah dengan cepat!!!

2. Pakai Sunscreen/Sunblock – Jangan lupa untuk memakai sunscreen/sunblock bila keluar rumah. Cahaya UV(UltraViolet) dalam matahari boleh menyebabkan kemusnahan Kolagen dan meningkatkan penghasilan Melanin.

3. Tidur Secukupnya – Tidur yang cukup dan berkualiti boleh mengurangkan tekanan, keletihan dan boleh membantu mengelakkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata.

4. Diet yang sihat –  Makanan yang yang kaya dengan Vitamin A, C, E, K, Iron dan lain-lain boleh membantu mengelakkan berlakunya lingkaran hitam bawah mata.Vitamin A diperlukan untuk penjagaan mata yang sihat dan cerah.Vitamin C menguatkan dinding salur darah.


Petua Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata – Secara Semulajadi

1. Hirisan Kentang – Anda boleh meletakkan hirisan tomato ke atas mata anda. Ataupun boleh menggunakan gumpalan kapas yang dicelup kedalam jus kentang.

 

2. Hirisan Timun – Meletakkan hirisan timun kat mata selama 10 minit. Timun dipercayai boleh mengurangkan lingkaran hitam dan bengkak bawah mata.

3. Air Mawar – Menyapu air mawar di lingkaran bawah mata selama 10 minit.

Contoh Air Mawar

4. Uncang Teh Herba – Meletakkan uncang teh herba (Teh Chamomile atau Teh Hijau) selama 15 dipercayai boleh mengecutkan salur darah bawah mata. Minum Teh Hijau pun baik untuk kesihatan.

5. Daun Pudina (Peppermint) – Ramas beberapa helai daun pudina dan letakkan dibahagian bawah mata 20 minit.

6. Buah Badam (Almond) – Rendam beberapa biji buah badam di dalam air susu semalaman. Buang kulitnya dan hancurkan. Campurkan beberapa titik susu. Letakkan campuran tersebut di bahagian bawah mata selama 10 minit. Lakukan sekerap mungkin.

7. Jus Tomato + Lemon –  Campurkan 1 sudu jus tomato dan 1 sudu jus lemon. Sapukan di bawah bahagian mata untuk mengurangkan lingkaran hitam.

 

8. Jus Nenas + Kunyit –  Sapukan gabungan kedua-dua bahan ini di bahagian bawah mata. Cuci selepas lima minit. (Saya tak mau tanggungjawab kalau tertinggal kesan kuning kunyit kat mata anda!!!)

9. Jus Tomato + Timun – Campurkan 1 sudu jus tomato dan 1 sudu jus timun. Sapukan di bawah bahagian mata untuk mengurangkan lingkaran hitam.

 

Sunber : medishortly.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.