Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee Untuk Belian Dari e-Dagang

ByKakTie

Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee Untuk Belian Dari e-Dagang

Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee Untuk Belian Dari e-Dagang | Akhir-akhir ini, kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai kesahihan atau ketulenan produk yang dijual melalui platform e-dagang yang banyak di pasaran internet masa kini.

Kewujudan platform e-Dagang sangat membantu meningkatkan jualan secara online. Pelanggan bebas memilih produk yang berkenan di hati, bebas untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit dengan mudah dan cepat. Pendek kata, scroll, klik masuk shopping cart, kemudian terus bayar. Kemudian tunggu sahaja produk sampai ke alamat diberikan.

Mudah sangat nak membeli belah sekarang kan ? Semua di hujung jari. ūüėČ

Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee

Walaubagaimanapun untuk produk kesihatan Shaklee, pihak pengurusan Shaklee tidak membenarkan mana-mana pengedar sah berdaftar atau mana-mana individu lain untuk menjual produk Shaklee di mana-mana platform e-Dagang.

Ia sudah termaktub sebagai salah satu kesalahan di dalam perjanjian P&R Shaklee. Barangsiapa yang didapati melanggar peraturan ini, boleh dikenakan tindakan dari pihak pengurusan.

Penjelasan dari pihak pengurusan Shaklee Malaysia berkenaan isu ini :

[Point 1] Shaklee tidak melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana penjual dalam talian selain Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd untuk menjual produk Shaklee di www.shaklee2u.com.my. Hanya ahli berdaftar sahaja yang boleh access ke dalam sistem Shaklee online ini.

[Point 2] Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk yang dijual pada platform e-dagang, melalui jualan dalam talian dan disebabkan itu produk-produk tersebut boleh dianggap rosak, palsu atau telah tamat tempoh.

[Point 3] Mana-mana pihak (Pengedar atau sebaliknya) yang menjual produk Shaklee di mana-mana platform e-dagang tidak diberikan kuasa oleh Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

[Point 4] Sesiapa yang membeli produk Shaklee melalui platform e-dagang tidak akan mendapat akses jaminan Shaklee.

Jika anda meragui tentang kesahihan pembelian anda, sila e-mel kepada customerinquiry@shaklee.com untuk penjelasan lanjut. Sila berikan butiran terperinci tentang penjual dan bukti pembelian. Semua pertanyaan dan laporan adalah sulit.

Pembelian Produk Shaklee Yang SAH

Kami menggesa para pengguna supaya sentiasa membeli produk Shaklee daripada :

Kelebihan Jika Anda Membeli Produk Shaklee Dari Pengedar Sah Shaklee

  1. Produk yang anda terima dijamin TULEN.
  2. Dilindungi insurans dari pihak Shaklee. Sekiranya produk yang anda terima rosak atau pecah, pihak Shaklee akan menggantikan dengan produk yang baru secara percuma. *point 2
  3. Cara makan atau cara guna produk yang betul akan diberikan oleh pengedar yang menjual produk kepada anda.

Kekurangan Jika Anda Membeli Produk Shaklee Dari e-Dagang

KakTie selalu dapat whatsapp dari mereka yang memilih untuk membeli produk Shaklee dari platform e-Dagang seperti LxxxxA, dengan alasan dapat beli harga murah. Tapi mereka…..

    1. Tak diberikan cara makan yang betul selepas pembelian.
    2. Tak tahu samada produk tersebut sesuai atau tidak dengan tahap kesihatan tubuh mereka.Contoh pesakit hyperthyroid tidak boleh mengambil VITALEA kerana di dalamnya ada unsur zat besi. Sedangkan mereka perlu elak mana-mana suplemen zat besi kerana excess zat besi boleh membahayakan nyawa mereka sendiri.
    3. Terpaksa google dan contact mana-mana pengedar lain untuk bantu guide cara makan vitamin yang dah dibeli dari platform e-Dagang tadi.

Ini contoh whatsapp yang KakTie terima beberapa hari lepas.

Nak beli harga murah, tapi akhirnya terpaksa bertanya cara makan kepada orang lain. Sebenarnya nak beli harga murah, anda jadilah ahli Shaklee. HARGA LEBIH MURAH, ada peluang dapat cash rebate lagi. Malah anda dapat belajar banyak ilmu tentang nutrisi dan kesihatan dari Pakar Nutrisi Shaklee.

Seronok kan ?

Jom Jadi Ahli Shaklee Yang Sah

Alang-alang awak nak beli harga murah kan, bulan ni Shaklee offer sebotol VITAMIN C Shaklee dengan harga RM60 (tak termasuk GST) sahaja untuk semua ahli baru yang mendaftar bulan OGOS ni !!!!

Harga normal RM97.50 tau.

*(T&C apply)

PROMOSI SEMPENA BULAN MERDEKA KE-60 !!

KakTie merupakan seorang Pengedar Sah Shaklee sejak 2010.
[ SID : 837663 ]
019-2700429


Follow FB Yati Hanapi dan IG @eitay.napi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan dan promosi yang ohsem. WhatsApp 019-7200429 untuk petanyaan tentang Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke “Join Now” dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Shaklee products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera.

About the author

KakTie administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.