Shaklee Offer

Teruja Muka Masuk Majalah Shaklee TODAY

Teruja Masuk Majalah Shaklee TODAY Special Edition

Petang tadi musykil juga kenapa ada van Gdex berhenti depan rumah. Biasanya kalau order Shaklee, van Citylink yang hantar. Tengah blur blur baru teringat beberapa hari lepas teman-teman saya dah terima “stok” majalah Shaklee Today keluaran terkini. Encik suami yang keluar. Dan memang betul lah sangkaan saya.

Stok Shaklee TODAY saya dah sampai !! 100 naskah pulak tu. TQ Shaklee !!!!! 😉 Tambah teruja tengok abang Gdex ulang alik angkat parcel yang berat-berat tu. Lain macam aje nampak beratnya.

Shaklee TODAY

Masuk rumah terus buka parcel….sekali tengok…mak aihhhhh…tebalnya majalah kali ni…..

Shaklee TODAY

Shaklee TODAY

Tebal kan majalah kali ni…

Lebih teruja bila tengok banyakkkkkk sharing dari New Master utk cycle tahun lepas. Tak abis lagi baca kisah inspirasi mereka semua. Ada terselit juga kisah dan gambar kami sekeluarga. Alhamdulillah bagaikan mimpi. Dulu masa awal join Shaklee, teruja lihat gambar mereka yang terpampang dalam majalah Shaklee Today. Hari ini saya lihat gambar sendiri pula. Allahuakbar !!!!

NEW MASTER COORDINATOR JAN 2014

NEW MASTER COORDINATOR JAN 2014

Ada koleksi gambar sekitar majlis Konvensyen Kebangsaan di Sunway June lepas juga. Ada gambar Master Celebration (Mascel)  rakan-rakan Master Coordinator yang lain. Terbayang suasana Mascel sendiri nanti pula.

Alhamdulillah, saya sudah! Kini giliran saya untuk bantu lebih ramai rakan-rakan di bawah naungan group saya pula untuk menikmati dan merasai apa yang kami semua sudah kecapi.

Hendak seribu usaha seribu daya, insyaAllah pasti tiba jua!!

Jom sertai saya bersama-sama kita melakar impian hingga ke bintang !! Hubungi saya di 019-7200429 jika anda sedang mencari second income untuk keluarga anda. Saya akan bantu anda melakar impian & menggapai bintang anda pula. InsyaAllah !!! www.rahsiavitamin.com