Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

ByKakTie

Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

 

Tekanan Darah Tinggi

 Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

 

Simptom/Gejala

  • Pengidap Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala biasa seperti sakit kepala
  • Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan)

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan.

 

Di antara komplikasi/kesannya:

  • Otak-Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara
  • Penyakit jantung
  • Komplikasi pada mata
  • Komplikasi pada buah pinggang
  • Kegagalan fungsi buah pinggang

 

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat/dicegah dengan cara berikut:

  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

Peringatan!!  Jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Tahukah anda 90% pengidap tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan simptom/tanda.

Jadi walaupun diluar anda nampak  sihat, pastikan anda pergi ke klinik untuk jalani pemeriksaan tekanan darah/blood pressure anda. Sekurang-kurangnya kita dapat pastikan tahap kesihatan jantung kita. 

Set Kawal Darah Tinggi. Untuk keterangan lebih lanjut KLIK SINI

Set kawal darah tinggi

 

 

About the author

KakTie administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.