Tanpa Disedari Ramai Gadis Hidap SLE

 Tanpa Disedari Ramai Gadis Hidap SLE

Tahukah kita Tanpa Disedari Ramai Gadis Hidap SLE? Sistemik Lupus Eritematosus. Ia lebih dikenali sebagai SLE. Penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh (auto imun) ini menyebabkan penghidapnya terpaksa berdepan dengan gejala yang berbeza-beza.

Sesetengahnya mungkin berdepan dengan masalah seperti tompok-tompok kemerahan pada wajah, tubuh atau kulit kepala, sakit sendi, keletihan, keguguran rambut dan sebagainya.

Meskipun hingga kini penyakit ini belum ada penawarnya, namun dengan rawatan ubat-ubatan ia dapat dikawal.

Gadis Hidap SLE

Punca

Punca sebenar yang menyebabkan sistem pertahanan tubuh pesakit LSE bercelaru masih tidak diketahui. Namun, ada beberapa teori yang dikaitkan dengan SLE seperti:

* Jangkitan virus
* Hormon
* Faktor persekitaran
* Genetik. Penghidap mewarisi sistem pertahanan abnormal


Diagnosa

SLE tidak menunjukkan gejala yang sama antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain.

Sehubungan itu, pesakit hanya akan disahkan sebagai penghidap SLE berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh American Rheumatologi Association (ARA).

Menurut ARA, seseorang boleh dikategorikan sebagai penghidap SLE sekiranya mereka mempunyai 4 daripada 11 kriteria yang disenaraikan
iaitu:


A. Kulit

* kulit muka menjadi merah apabila terdedah pada cahaya matahari (photosensitivity)
* Discoid rash – ruam pada kulit saja
* Mulut pecah
* Malar rash


B. Organ

* Kegagalan fungsi buah pinggang
* Masalah pada sistem saraf seperti strok, psikosis, radang saraf (mononeuritis)
* Sistem sendi (artritis)
* Serositis – radang pada lapisan jantung atau paru-paru.

C. Ujian makmal

* Terdapat ujian imunologi dan sistem pendarahan yang abnormal.
* Ujian darah imunologi akan dilakukan untuk menentukan sama ada terdapat antibodi nuclear factor (ANF) dalam darah mereka. Dianggarkan 95 peratus penghidap SLE mempunyai ANF yang positif.


Gejala-gejala

* Sakit pada sendi
* Demam berlarutan
* Keletihan
* Ruam-ruam pada kulit muka dan badan
* Anemia
* Sensitif pada cahaya matahari
* Ulser mulut
* Keguguran rambut


Rawatan

Terdapat empat kategori rawatan ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit SLE iaitu:

* Non Steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
– Ubat ini untuk melegakan sakit otot dan radang sendi.

* Ubat antimalaria
– Ubat antimalaria seperti chloroquine dan hydroxycholoroquine adalah ubat yang paling sesuai untuk masalah kulit dan sakit sendi.

* Steroid
-Rawatan ini dapat membantu mengurangkan radang dan tindak balas sistem pertahanan tubuh.
– Bagaimanapun, penggunaan ubat seumpama ini boleh menimbulkan pelbagai kesan sampingan.Ini termasuklah seperti pesakit mudah mendapat jangkitan kuman, pertambahan berat badan, muka bulat, lemah otot dan sebagainya.

* Imunosupresif.
– Ubat seperti azathioprine, cyclophosphamide dan cyclosporin juga bertindak seperti steroid.
– Seperti steroid, ubat ini juga boleh menimbulkan kesan sampingan di mana pesakit mudah mendapat jangkitan kuman.


Panduan

* Diet.
– Hingga kini, belum ada diet yang membuktikan bahawa SLE dapat dikurangkan dengan pengambilan makanan tertentu. Bagaimanapun, ada kajian yang mengatakan minyak ikan dan makanan rendah lemak tepu boleh membantu penghidap SLE.

* Senaman.
– Pesakit dinasihatkan melakukan senaman untuk memperbaiki pergerakan sendi.

* Tekanan.
– Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif.

* Perlindungan kulit.
– Pesakit dinasihatkan supaya memakai pelindung matahari SPF melebihi 25, menggunakan payung, topi atau baju lengan panjang bagi mengelakkan terkena pancaran matahari.

* Ubat-ubatan.
– Hendaklah makan ubat mengikut arahan doktor.

– Pesakit dinasihatkan supaya tidak mengamalkan ubat-ubatan hospital dengan ubat-ubat lain sekaligus kerana kita tidak tahu kesan sampingan ubatan lain dan kemungkinan ada interaksi antara ubat-ubat ini.

* Rawatan susulan.
– Pastikan pesakit mematuhi jadual rawatan susulan yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.