Tanda-tanda Gastrik Dan Penawarnya

Tanda-tanda Gastrik Dan Penawarnya

Baru-baru ni member tempat kerja lama ada kontek saya bertanyakan penawar untuk masalah gastrik. Selama ni dia bertahan dengan ubat farmasi (Gaviscon) jer. Mungkin dah tak sanggup melayan karenah perut, dia datang bertanyakan produk Shaklee yang mampu setelkan masalah gastrik. Tanda-tanda Gastrik Dan Penawarnya saya sharekan di bawah.

Tanda-tanda Gastrik Dan Penawarnya

So far memang ader testimoni-testimoni yang consume Shaklee produk then masalah gastrik boleh diatasi. TETAPI, sebelum makan produk Shaklee, kita kenalah pastikan yang sakitnya tu memang betul-betul gastrik.

Macamana nak tau sakit tu gastrik ke idok? So hadamkanlah penerangan kat bawah ni.


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;

  1. Gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut)
  2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

peptic-ulcer-diagram

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen).
  • Rasa senak, berangin atau pedih.
  • Rasa tidak selesa.
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
  • Rasa mual (loya) dan muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk).

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar.
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.

Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

  • Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.
  • Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis.
  • Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

  •  Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  •  Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Sumber: Kementerian Kesihatan


Kalau dah sah memang gastrik, barulah boleh saya cadangkan anda ambil SET GASTRIK.

Set Gastrik