Tak Semua Kolesterol Jahat

Tak Semua Kolesterol Jahat

Kita sering dimomokkan dengan keburukan kolesterol. Tapi tahukah kita tak semua kolesterol jahat? Teruskan bacaan anda untuk memahami jenis-jenis kolesterol dan kepentingannya.
shutterstock_181080389-500x327

 

Sumber: Harian Metro

Kolesterol ialah sejenis lemak di dalam setiap sel badan yang diperlukan untuk menghasilkan hormon steroid, vitamin D dan membantu dalam penghadaman makanan. Tubuh kita mampu menghasilkan kolesterol di dalam hati dan ia juga datang dari makanan.

Kolesterol dibawa oleh darah dalam bentuk lipoprotein, iaitu kombinasi lemak dan protein. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL dianggap kolesterol ‘jahat’ kerana kadar LDL tinggi boleh menyebabkan mendakan kolesterol di dalam saluran darah (aterosklerosis). Kolesterol HDL pula di panggil kolesterol ‘baik’ kerana berfungsi untuk membawa kolesterol kembali ke dalam hati.

goodandbad

Perunding Kardiologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal Dr Shahrol Anuar Mohd Yasin berkata, masalah kolesterol tinggi berlaku apabila kandungan kolesterol di dalam darah meningkat melebihi paras normal. Keadaan ini lazimnya dikesan melalui ujian darah kerana masalah kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda awal .

Katanya apabila paras kolesterol meningkat tinggi, ini boleh membawa kepada penyempitan pembuluh darah dan salah satu risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung serta strok.

“Matlamat rawatan masalah kolesterol tinggi ialah untuk mengurangkan paras LDL dan meninggikan tahap HDL di dalam badan. Strategi untuk mengawal paras kolesterol merangkumi pemakanan sihat, suplemen dan penggunaan ubat .

“Penjagaan makanan yang sihat mampu menolong mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan dan ini termasuk mengurangkan makanan berlemak, melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran selain menggunakan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun dan bunga matahari serta mengurangkan penggunaan minyak tepu seperti minyak sapi, mentega dan kelapa sawit.

“Kajian juga membuktikan asid Omega-3 daripada ikan dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Pertubuhan Jantung Amerika mengesyorkan kita makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan khasiat Omega-3. Pilihan ikan laut dalam seperti salmon, tuna dan trout adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, niasin atau vitamin B3 adalah suplemen yang boleh membantu mengurangkan paras kolesterol, namun dua kajian terbaru menunjukkan niasin tidak mengurangkan kadar penyakit jantung malah mempunyai kesan sampingan yang agak tinggi. Berdasarkan kajian itu, tiada faedah menggunakan niasin dalam rawatan kolesterol tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.