Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tak Sarapan Pagi Tingkat Risiko Koronari Jantung

Tak Sarapan Pagi Tingkat Risiko Koronari Jantung 27%

Kajian telah membuktikan bahawa sarapan pagi adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Lelaki yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai risiko mengalami serangan jantung atau mati akibat penyakit koronari jantung 27% lebih tinggi berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Tak Sarapan Pagi Tingkat Risiko Koronari Jantung.

Tak Sarapan Pagi Tingkat Risiko Koronari Jantung

Percaya atau tidak, itulah fakta kesihatan.

“Ponteng” sarapan pagi boleh menyebabkan perubahan tekanan darah, insulin dan paras kolesterol di dalam darah. Mengikut hasil kajian, kekerapan tidak mengambil sarapan pagi terbukti mempunyai kaitan dengan kes-kes koronari jantung.

Lebih kronik jika mereka yang tidak mengambil sarapan pagi ini, makan pada lewat malam. Risikonya adalah 55% lagi tinggi berbanding mereka yang tidak makan lewat malam.

Sebaiknya, sarapan diambil dalam masa 1 ~ 2 jam selepas bangun tidur. Pengambilan makanan yang sihat di dalam sarapan pagi adalah amat penting dalam sajian sarapan pagi.

Kita perlu memastikan bahawa sarapan pagi yang diambil membekalkan cukup tenaga, mempunyai nutrisi yang seimbang termasuk protien, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk bekalan sampai ke makan tengahari. Contohnya memasukkan kekacang, buah-buahan dalam hidangan oat dan sebagainya.

Sekarang dah fahamkan kepentingan bersarapan pagi. Kalau yang dah anak-anak tu, tunjukkanlah contoh yang baik. Lagi pun tak salah pagi-pagi jumpa anak-anak sekejap sebelum pergi kerja. Kan kan kan.

Nak baca lagi jurnal berkaitan sarapan pagi dan koronori jantung (English) ? Klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.