Susu Merundum ! Apa Puncanya?

ByKakTie

Susu Merundum ! Apa Puncanya?

Susu Merundum ! Apa Puncanya?

Biasanya soalan begini datang dari ibu-ibu yang sedang berusaha nak tingkatkan jumlah stok EBM untuk si manja mereka…majoriti ibu-ibu yang menyusu akan mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merundum.

“Kenapa susu saya sikit lagi kak? Supplemen dah makan tapi susu tak berubah pon…”

“Susu saya merudum…apa saya nak buat ek?”

Risau dok fikir nak mkn ape utk banyakkan susu…normal lah tu kan….kerana rata-rata yang call saya ingin membeli supplemen kerana sedang mengalami susu merudum….bila susu drop, cepat-cepat cari supplemen dengan harapan bila makan je susu akan meningkat dengan segera dan berganda-ganda.

Susu Merundum ! Apa Puncanya?
Bagaimana pun, ada kalanya walaupun kita sudah mengepam/direct feeding mengikut masa, hasil yang kita perolehi tidak seperti yang kita jangkakan. Pam dah kerap dah tapi kenapa susu sikit jer…

Kita kan manusia biasa….apabila kita rasa kekurangan, kehilangan …maka dengan serta merta kita mengingati Allah yang Maha Esa. ..lumrah manusia bila sedang senang lupa untuk melakukan sujud syukur  padaNya.

Yakinlah. Saya sentiasa mendoakan buat anda semua..saya kagum dengan kecekalan anda semua yang tak pernah give up dalam perjuangan menyusukan si manja anda.

Yakinlah rezeki susu utk si kecil adalah kurniaan dan rezeki nikmat dari Allah..maka jangan lupa berdoa dan teruskan berdoa……Dulu saya pun mengalami situasi yg sama…bukan sepanjang masa susu meriah..ada juga fasa susu merudum…

Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu kurang..ye la…nanti bila dah beli supplement atau mkn milk booster tapi susu still down.. sure anda lagi stress..lagi tension..kan kan?. Jadi, jom kita semak punca-punca susu sedikit atau takde langsung:

  • Stress – ini semua org mengalaminya.. baik ibu yg bekerjaya atau yg bekerja di rumah 24jam…
  • Teknik penyusuan yang salah – contoh aerola tu tak lekap habis ke mulut baby..baby dok hisap puting je…
  • Kurang pam..atau dalam maksud yang lain tidak cukup rangsangan daripada bayi – terutamanya kepada ibu2 yang bekerja….sepanjang siang tak jumpa baby…sepatutnye kene rajin pam..janganlah skip sesi pam atau pam kurang dari 6x sehari….utk ibu2 yang kat rumah..kene sentiasa kasi direct breastfeed bile bersama dgn anak.
  • Tidak cukup rehat – terlalu penat yang melampau.
  • Masalah hormon dan kesihatan
  • Penggunaan pil perancang (pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan..sedangkan ibu-ibu memerlukan vitamin B utk membantu produce susu)
  • Pengambilan pil antibiotik
  • Teknik pam yang salah / pam tak cekap
  • Pemakanan yang tidak seimbang…suka makan fast food..minum air bergas…minuman berais…bla bla bla…

Ini antara sebahagian punca-punca yang mungkin secara tidak langsung menyebabkan susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang. Barulah kita cari jalan penyelesaian. Kerana saya nak anda tahu alfalfa (also act as milk booster) bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum.

Saya nak ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh ibu itu sendiri dan seterusnya melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam yang konsisten.

Goodluck untuk ibu-ibu menyusu di luar sana.

Susu Merundum ! Apa Puncanya?

About the author

KakTie administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.