Suami Order Set Menyusu Shaklee

Suami Order Set Menyusu Shaklee Untuk Isteri Tersayang

Rajin-rajin berkongsi info dengan suami dan berkongsilah apa istimewanya memberikan susu terbaik kepada anak masing-masing. Yakinkan suami sampai Suami Order Set Menyusu Shaklee untuk anda.

Alhamdulillah, para suami zaman moden sekarang sudah ramai yang lebih terbuka dan menyokong sepenuhnya penyusuan susuibu si isteri buat permata hati mereka. Memang betul masih ada suami yang tidak tahu ataupun tidak mengambil tahu tentang kelebihan penyusuan susuibu. Maka inilah tugas puan-puan di luar sana ye.

Suami Order Set Menyusu Shaklee

Bersyukur kerana saya mempunyai suami yang sangat memahami dan menyokong sepenuhnya penyusuan susuibu kepada kedua-dua puteri dan putera kami. Alhamdulillah, saya berjaya melengkapkan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun buat kedua-dua anak saya.♥

Saya pernah beberapa kali terima tempahan set menyusu dari mereka yang bergelar suami. Mereka prihatin dan mahu membantu isteri kekal sihat dan berjaya melaksanakan tanggungjawab menyusukan anak dengan lancar. Terharu tau bila ada encik suami call nak cari set menyusu.

Pelanggan lelaki pertama yang order set menyusu dari saya, En.F dari Tebrau. Beliau menelefon saya nak order Set Menyusu Shaklee. Katanya set menyusu ini untuk isteri tersayang yang bekerja dan perlu mengepam susu untuk bekalan anak yang dijaga mertuanya. Terharu kan? Inilah kekuatan si isteri untuk terus melakukan yang terbaik untuk anak mereka.

Set Ibu Menyusu Add-on

<< KLIK >> Koleksi testimoni set menyusu Shaklee

Breastfeeding moms sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Masa nak mengepam, nak uruskan hal rumahtangga, uruskan anak dan suami, urusan di pejabat dsb… Jadi pesan saya, ibu-ibu perlu tanamkan AZAM dan SEMANGAT yang tinggi dalam diri. Jangan lupa DOA pada Yang Esa agar diberi kesihatan yang optimum dan dipermudahkan perjalanan penyusuan kita nanti. InsyaAllah!!!
Ibu breastfeeding kena ingat 3 perkara:-
  1. Sabar – Perlu banyak bersabar jika ingin berjaya dalam penyusuan. Terutamanya apabila ibu-ibu perlu menahan rasa mengantuk tatkala bangun menyusukan anak di waktu malam. Terpaksa melayan karenah anak yang banyak ragam dan macam-macam lagi. Sabar itu kan separuh dari Iman.
  2. Think positive – Sentiasa yakin bahawa susu kita mencukupi untuk keperluan anak. Jangan asyik cakap “susu tak cukup” kerana kata-kata itu merupakan doa. Sebaiknya sentiasa set dalam minda kita, “InsyaAllah  susu aku cukup untuk keperluan anak.”
  3. Doa – Ini satu-satunya cara yang paling mujarab! Walau seribu macam vitamin pun yang kita makan, tapi jika Allah tak izinkan sudah tentu tak akan berjaya. Maka apa sekali pun yang kita buat, janganlah lupa minta pertolongan dari Yang Satu yer.(^-^)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.