Shaklee Offer

Simptom Jaundice Demam Kuning Dan Cara Menanganinya

Simptom Jaundice Demam Kuning

Simptom Jaundice (Demam Kuning)

Untuk ibu-ibu yang tidak pernah mempunyai anak yang jaundice, mungkin mereka tidak mempunyai informasi mengenai simptom jaundice(Demam Kuning).

Antara simptom Jaundice (Demam Kuning) untuk bayi baru lahir ialah: 

  • Kulit Kekuningan
  • Mata Kekuningan
  • Suka Tidur
  • Jarang Menyusu
  • Air Kencing Warna Kecoklatan
  • Demam
  • Menangis Kuat (High Pitch)
  • Muntah

Jue menceritakan masalah Jaundice (demam kuning) anaknya. Jue meminta pandangan saya adakah baik untuk memberi anaknya susu kambing demi merawat demam kuning yang dilalui oleh anaknya.

Memandangkan ini anak pertama Jue dan secara langsung keluarga Jue mahupun keluarga dari pihak suami Jue tidak pernah melalui pengalaman ini maka Jue terpaksa mencari alternative lain untuk menyelesaikan masalah anaknya ini.

Memandangkan saya pernah melalui situasi yang sama dengan Jue, saya menasihatkan Jue untuk
memberi susu ibu sekerap mungkin. Saya juga mengesyorkan agar Jue mengambil supplement demi membantu meningkatkan immune system anaknya disamping meningkatkan pengeluaran susu badan untuk anaknya.

Saya berani untuk rekomen produk yang saya makan dan tanpa banyak keraguan untuk Jue mencubanya. Pada malam itu juga ibu mertua saya menghantar supplement kepada Jue iaitu ESP, B Complex dan Vit C di hospital.

set berpantang

Pada hari isnin petang Jue menelefon saya beritahu bacaan kuning anaknya semakin meningkat iaitu 34. Jue meminta pandangan saya, adakah elok untuk beliau membawa pulang anaknya ke rumah dan merawat menggunakan cara tradisional. Selepas saya berbincang dengan teman baik saya doctor Siti Munirah, saya memaklumkan kepada Jue agar meneruskan treatment di hospital sahaja.

Saya meminta Jue berhenti untuk mengamalkan pengambilan makanan seperti lada hitam, halia dan kunyit kerana sepanjang pengetahuan saya inilah antara punca kuning anaknya semakin meningkat. Alhamdulillah Jue tidak berputus asa. Beliau terus dengan pengambilan supplement yang saya syorkan.

Saya meminta Jue meningkatkan kekerapan penyusuan kepada bayinya itu. Jika sebelum ini Jue menyusukan antara 2-3 jam untuk satu sesi tetapi saya meminta beliau menyusukan sekerap yang mungkin agar bayinya dapat bekalan air yang mencukupi untuk mengurangkan bilangan billirubin dalam darahnya. Saya yakin selalunya penyakit hendak pergi memang mengambil masa.

Petang Selasa saya pula menelefon Jue untuk bertanyakan khabar anaknya. Jue dengan nada gembira
memberitahu kuning anaknya turun kepada 26. Alhamdulillah satu peningkatan yang memberansangkan.

Rabu petang saya menerima mesej Jue menyatakan kuning anaknya semakin beransur kurang dan doctor mengizinkannya membawa bayinya yang comel itu pulang ke rumah. Jue juga memberitahu bahawa doctor impress kerana berat anaknya ada peningkatan dalam beberapa hari ini.

Saya dapat membayangkan kegembiraan yang Jue lalui semasa itu. Semoga usaha Jue untuk memberi anaknya susu ibu berjaya ke tahap yang dapat membanggakan dirinya sebagai seorang ibu muda yang sabar melalui dugaan penyusuan.

Hakikatnya bukan mudah untuk bergelar ibu bapa yang berjaya namun dengan sedikit usaha, kesabaran dan ilmu, seseorang itu pasti berjaya!!!!