Sijil Halal Shaklee 2017 Dari ISA

Sijil Halal Shaklee

Untuk makluman pengguna yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an produk Shaklee, di bawah ini RV sertakan Sijil Halal Shaklee 2016. Sijil Halal Shaklee 2017 dari Islamic Sevices of America (ISA).

Untuk pengetahuan semua, semua produk Shaklee yang berada dalam pasaran Malaysia adalah produk yang dihasilkan di US.  Islamic Sevices of America (ISA) , iaitu sebuah badan islam yang diiktiraf oleh JAKIM bertanggungjawab untuk memberikan status halal kepada semua produk ini.

Diiktiraf Jakim

Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM. Boleh lihat Senarai Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM di laman web JAKIM untuk menambah keyakinan anda kepada produk Shaklee (KLIK SINI!). Disamping itu boleh belajar logo-logo halal diseluruh dunia yang Malaysia iktiraf.

Sijil Halal Shaklee 2017

Sijil Halal Shaklee 2017

Di dalam sijil ini dicatatkan produk-produk yang diperakui halal untuk kegunaan orang islam diseluruh dunia. Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee untuk pasaran Malaysia, adalah dihasilkan khas HANYA untuk pasaran Malaysia sahaja.

Jadi, Shaklee TIDAK bertanggungjawab atas status kehalalannya JIKA anda membelinya di luar negara termasuk membelinya dari Singapura.Sijil ini akan diedarkan kepada semua pengedar sekitar bulan Februari pada setiap tahun.

Sijil Halal Shaklee ini akan diperbaharui setiap tahun dan sah digunakan sehingga 31 Disember pada tahun yang berkenaan.Dengan adanya sijil halal dari ISA, diharapkan pelanggan tidak berasa was-was lagi untuk menggunakan produk Shaklee.

Kami di Rahsia Vitamin .Com akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan Shaklee diluar sana. Terima Kasih.