Sijil Halal Shaklee 2016

Sijil Halal Shaklee 2016

Untuk makluman pengguna yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an produk Shaklee, di bawah ini RV sertakan Sijil Halal Shaklee 2016. Produk Shaklee adalah produk yang dihasilkan di US dan mempunyai status halal dari Islamic Sevices of America (ISA), iaitu sebuah badan islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM. Boleh lihat Senarai Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM di laman web JAKIM untuk menambah keyakinan anda kepada produk Shaklee (KLIK SINI!). Disamping itu boleh belajar logo-logo halal diseluruh dunia yang Malaysia iktiraf.

Sijil Halal Shaklee 2016

Di dalam sijil ini dicatatkan produk-produk yang diperakui halal untuk kegunaan orang islam diseluruh dunia. Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee untuk pasaran Malaysia, adalah dihasilkan khas HANYA untuk pasaran Malaysia sahaja. Jadi, Shaklee TIDAK bertanggungjawab atas status kehalalannya JIKA anda membelinya di luar negara termasuk membelinya dari Singapura.

Sijil ini akan diedarkan kepada semua pengedar sekitar bulan Februari pada setiap tahun. Sijil Halal Shaklee ini akan diperbaharui setiap tahun dan sah digunakan sehingga 31 Disember pada tahun yang berkenaan.

Dengan adanya sijil halal dari ISA, diharapkan pelanggan tidak berasa was-was lagi untuk menggunakan produk Shaklee. Kami di Rahsia Vitamin .Com akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan Shaklee diluar sana. Terima Kasih.