Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Shaklee National Conference 2014/2015

Sekitar Shaklee National Conference June 2014/2015

Apa yang ade sekitar Shaklee National Conference yang lepas? Okkay. Meh saya ceta skit. Percutian + penyampaian anugerah nie berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tahun nie destinasi percutian adalah bandaraya Kuala Lumpur. Yeehaaa…

Untuk orang duduk KL mesti dah bosan kan. Tapi bagi kami yang dari JB oklahhhhh. Not bad. Lagipun bukan kita yang drive. Driver lah yang bawak. Driver bus ler . hehehehe. Pusing-pusing sekitar KL. Lagipun semenjak keluar dari UM, tak pernah meronda-ronda KL macam nie. Memang penat tapi berbaloi. Anak-anak pun happy banyak tempat boleh lawat.

DAY 1

Destinasi penginapan ialah Palace Of The Golden Horses Hotel Kuala Lumpur, Malaysia‎. Kalau sesaje nak bermalam memang tak berbaloi. Shaklee dah kasi free, kita tido jerlah. Nak tengok macammana rupa hotel nyer tu haa gambar kat bawah tu.

Tempat bermalam: Palace Of The Golden Horses Hotel Kuala Lumpur, Malaysia‎

Sesampai di destinasi penginapan lebih kurang pukul 10 pagi terus check-in. Amik kunci, door-gift dan terus hantar barang naik bilik. Tu dia biliknyer. Banyak kepala kuda. Seram jugak memalam. (gambar tu dari google. tapi macam tu lah biliknya).


Lepas hantar barang terus pergi lunch kat bawah. Makan lebih kurang jer pastu tu kena berkumpul untuk naik bas. Kebetulan trip kali ni jatuh hari Jumaat. Kami yang dari Johor ni oklah kira musafir lalu. Tapi yang menetap kat KL ni,  takkan nak lalu jer depan masjid. Kenalah cari masjid nak pergi solat Jumaat.

Pasar Seni
Disebabkan destinasi pertama ialah Pasar Seni, so mereka-mereka yang nak bersolat bolehlah solat kat Masjid Jamek sebelah Pasar Seni. Bunyi macam dekat jer. Hakikatnya berpeluh jugak tu berjalan kaki dari Pasar Seni. Dan apakah malangnya….. Tak boleh solat Jumaat pun. Penuh sampai ke Stesen LRT orang solat. Tapi, alang-alang dah sampai tu, kitaorang jejaka Shaklee ni pun teruskan jugak niat untuk bersolat. Solat Zuhur ler jawabnya.

Untuk orang besor macam kita ni, apalah sangat Pasar Seni tu kan. Tapi kagum jugak pasal lama giler tak masuk pasar seni. Banyak jugaklah perubahan sejak kami tinggalkan KL since 1999. Berapa tahun dah tu?

Muzium Diraja
Okkay. 2nd destination ialah Muzium Diraja.Apa ada kat dalam tu? Macam-macam ada. Tapi istana ni kira istana hinggaplah lebih kurang. Memang banyak bilik tapi semuanya biasa-biasa jer kecuali bilik YDP Agong . Memang besar dan wow!. Recomended ler untuk mereka-mereka yang rajin berjalan.

Aquaria
Final destination, Aquaria. Sapa yang tak tau Aquaria kan. Percaya ke tak ni adalah yang pertama buat kami anak beranak pergi Aquaria. Last time pergi sendiri, dah sampai kat KLCC tapi tak jumpa jalan nak ke Aquaria. Last2 balik bodoh gitu jer.

Interesting untuk semua. Dapat tunjuk kat anak2 sotong kurita yang ‘masih hidup’, pingu-pingau sekor dua, dan macam biasa pari besar dan ikan JAWS . Susah tu nak jumpa kat pasar basah. Tapi rasanya lagi best Langkawi punyer water world kot.

Dinner di Grand Hyatt KL

Waktu melawat KL habis sudah. Sementara nak tunggu sampai waktu dinner, sempat jugaklah pusing-pusing bawak anak-anak tengok air pancut KLCC. Anak-anak memang lepak habis. Nasib baik memang semua pakai ‘sport shoes’. Kalau tak, mau ‘patah kaki’ dibuatnya.

Lokasi dinner malam tu adalah di Grand Hyatt KL. Tema dinner ‘Fun Fair Nite’. Ada belon2 , ada badot2 dan artis  jemputan ialah Mr. Douglas Lim. Kenal tak? Chinese comedian. kalau tak tau google yer.

Kebetulan malam tu diadakan majlis sambutan harijadi untuk member shaklee yang lahir dalam bulan June. So Mr.Sudirman and his daughter termasuk ler sekali. Atucara majlis pun ok, tak membosankan. Makanan pun sedap dan berbaloi-baloi  dengan penat seharian berjalan.

So tamatlah percutian satu hari suntuk pusing ronda-ronda KL. Esok akan bermulanya Shaklee conference di The Mines International Exhibition and Convention Centre.

Day 2

The Mines International Exhibition  and Convention Centre.
Shaklee National Conference bermula lebih kurang pukul 11.00 pagi. Dimulai dengan Master Parade. Memang sesuatu yang memenatkan nak tunggu Master parade mula. Master-Master suma kena berkumpul kat luar dewan sambil BERDIRI. Harap-harap adalah perubahan untuk tahun-tahun yang mendatang. Penat tu berdiri hampir setengah jam.

Macam biasalah ada ucapan Presiden Shaklee Malaysia, persembahan tarian-tarian dan motivasi slot dari selected Master. Penyampaian award tahun nie oklah tak panjang macam tahun sebelum nie. Masih mampu menunggu sampai ke petang. Untuk yang bawak anak-anak, boleh hiburkan anak-anak kat hall tingkat 3. Macam2 xtvt kanak2 disediakan dari pagi sampai ke petang. Xtvt mewarna, tengok cerita kartun dll.

Shaklee National Conference

Nak balik ke hotel tak boleh tak ada kenderaan. Sebab kami datang naik bas. Nak tak nak kenalah tunggu. Lagi pun malam tu ada dinner untuk semua penerima award. Kalau tak maunya kami bedesup lari pergi melawat tempat lain. Lokasi dinner kat The Mines jugak.

Tema dinner malam tu ialah Majestic Night. Semua kena pakai pakaian bangsawan ler gamaknyer. Cer tengok gambar kat bawah nie.
Kami pakai baju aper? No budget. So pakai jer baju raya masing-masing. Ok what jadi bangsawan melayu.


Day 3

Masih lagi di The Mines International Exhibition and Convention Centre. Sambung upacara penyampaian award dan sharing session dari selected master.

The Mines Shopping Complex. Ada bot dalam bangunan.

Almaklum ler, tahun lepas prestasi kurang membanggakan. So tak banyak ler award boleh di kumpul. So, untuk hari ni cuma ada satu award jer. Sesi petang pulak tu. Jeng jeng jeng. so kami amik keputusan untuk pulang awal. Award tu kami pick-up jer nanti kat branch. Lagipun kena amik adik kat serdang nak bawa balik kampung. So cuti-cuti  + shaklee national conference untuk tahun nie berakhir disini .InsyaAllah kalau ada rezeki jumpa lagi di percutian yang akan datang.Bye-bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.