Shaklee Go Online Merubah Segalanya

Shaklee Go Online Merubah Segalanya

Alhamdulillahh Shaklee Go Online telah merubah segalanya…. Berbisnes dengan Shaklee pada zaman nie jauh lebih mudah berbanding 3 tahun yang lepas. Kalau dulu, nak order semuanya kena submit di kaunter (Branch Shaklee). Tak pun kena call, fax atau emel.

Kalau terkena nak closing hujung bulan, jangan harap ler call sekali boleh lepas. Mesti 2~3 kali baru dapat line. Hujung bulan memang akan berkampung di Shaklee JB Branch. Penuhnya masya-Allah, macam orang nak amik gaji. Tu tak kira yang potong line lagi tu. Memang panasss…

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu bertahun lamanya telah tiba! Pada 2hb Oct 2013 dengan rasminya Shaklee Go Online diperkenalkan. Semua pengedar Shaklee Malaysia boleh membuat tempahan produk Shaklee melalui online sahaja. Semuanya di hujung jari, duduk depan tv. Kami dari generasi IT nie memang sangat2 berterima kasih. Kerja memang jadi mudah semudah2nya dan jimat masa.

Pada awal pengenalan system, sememangnya ada masalah. Memang dah agak dah. Order dan delivery tak berapa smooth. Dalam 2 minggu jugaklah untuk kembali normal. Kelam kabut juga masa tu.

Shaklee Go Online

Semuanya di hujung jari sahaja. Boleh proses order pelanggan tidak kira masa, siang atau malam. Tidak lagi perlu menunggu waktu office hour untuk berlari ke branch berdekatan atau lenguh jari mendail nombor Shaklee lagi.

Untuk pelanggan Shaklee yang BUKAN PENGEDAR, anda juga boleh mendapatkan produk Shaklee secara terus tanpa melalui pengedar Shaklee. Senang cerita boleh beli produk Shaklee secara online terus dengan Shaklee. Klik sini kalau nak tahu cara-caranya. Kalau nak shopping terus, cer cari logo ESell kat sidebar kanan website nih. Pilih kategori produk dan Klik dan klik dan klik… Esok lusa dah sampai depan rumah. Mcm shopping online biasa jer.

esell_box_logo

Alhamdulillah syukur. Semoga dengan adanya sistem yang terbaru ini dapat melancarkan proses penghantaran order pelanggan setia dan pelanggan baru RahsiaVitamin.Com.

Cepat order, cepat sampai !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.