Shaklee Di Serang !!!

Shaklee Di Serang !!!

Shaklee Di Serang ? Terdapat pengedar-pengedar Shaklee terutamanya yang mempunyai blog/website didatangi email survey yang bertanyakan tentang produk Shaklee. Mungkin dari pihak-pihak yang ingin tahu kelebihan produk Shaklee kot. Mungkin mereka nak tahu Marketing strateginya. Mungkin nak tahu hot produknya dan macam-macam lagi. Setakat ni saya tak dapat lagi email macam nih.

03212014_Call_Center_Scam

Kalaulah datang email yang semberono macam notis shaklee bawah ni, rasa-rasanya korang jawab tak?. Kalau saya memang tak lah kan. Bahaya tu. Takut scam atau orang nak tarik buat bisnes diorang plak. Mula-mula memanglah nampak macam takde pape. Bila kita dah respon, lain pulak jadinya. Hati-hati yer.

Berdasarkan pengalaman, saya juga pernah menghantar¬† “invitation link survey” ke beberapa ratus peniaga-peniaga online. TAPI untuk thesis MBA saya. Jemputan secara online memang meragukan dan saya hanya berjaya dapat respond bawah dari seratus. Itu pun dah menggunakan bahasa yang formal dan pengenalan diri yang lengkap.

Shaklee Di Serang

Biasalah tu, dunia perniagaan macam-macam. Dunia bisnes ni kan orang kata macam berperang. Kalau nak menang, kita kena tahu strategi pihak lawan. Barulah boleh bersaing. Bersaing secara sihat takper, jangan menjatuhkan pihak lain sudah.

Macam yang pihak Shaklee tulis kat atas tu, pihak Shaklee TIDAK melantik mana-mana pihak ketiga untuk melakukan survey ke atas pengedar-pengedarnya. So faham-faham jerlah. Hebatkan produk Shaklee sampai ada pihak yang beria-ia nak buat survey.

 

Promosi Terkini

Offer 1 April 2016

Untuk keterangan lanjut sila KLIK SINI.

 

One Response
  1. Hanafi 2 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.