Shaklee dan keluarga saya

Shaklee dan keluarga saya

Kali ni saya nak share sikit tentang Shaklee dan kami sekeluarga. Now dalam rumah ni, kami berempat dah jadi peminat Shaklee. Menu harian vitamin Shaklee di rumah kami…(^-^)v

Untuk saya:-

Dulu-dulu tujuan asal saya memang ambil vitamin2 ni utk tujuan breasfeeding. Kakak Hanie dan Areel , dua-dua Alhamdulillah berjaya juga sampai 2 tahun! Masa bf Kakak Hanie, sayabelum kenal Shaklee, so bile time susu drop, macam2 petua saya cuba…lobak putih, air longan kering dan macam2 la… ada yang menjadi… ada jugak yang tak serasi kot… Bila dah kenal Shaklee, guna peluang sebaik mungkin untuk kekalkan output susu secukupnya untuk Areel.

Apa yang saya amalkan masa bf Areel dulu ialah….
  • Vita-Lea – 1 biji sehari
  • B-Complex – 1 biji sehari
  • Vitamin C – 1 biji sehari, tapi bila Areel terkena selsema, makan 2 biji. Alhamdulillah, kejap je dah baik selsema Areel.
  • Alfalfa – 2 biji pagi, 2 biji malam
  • Lecithin – 3 biji pagi, 3 biji malam
  • Vitamin E – 1 biji sehari
  • OmegaGuard – 1 biji (kadang2 termiss jugak vit nih..)
  • GLA – 1 biji sehari
  • OsteMatrix aka Calcium Magnesium – 4 biji sehari
  • ESP (paling sedap!!!) – takkan miss!!! WAJIB minum hari2…
Kesannya dan perubahan selepas makan vitamin2 ni…
  1. Pengeluaran susu masih capai target lagi…masih mencukupi untuk Areel yang direct feeding.
  2. Badan kurang rasa penat even tidur 3-4 jam jer…
  3. Dapat ‘membuang’ dengan lancar setiap hari! (Lepas makan Lecithin dengan jayanya.) Dulu2 saya ni jarang2 membuang..kadang-kadang 2-3 hari sekali. Bukan sembelit cuma tak rasa nak membuang. Selalu juga kena perli2 manja dengan suami.
  4. Kulit dah tak kering. Sube-sube!! (Kulit licin, mulus dalam bahasa jepun). Pigmentasi di muka pon dah makin kurang.
  5. Period dah semakin lancar.
  6. Apa lagi ek…nanti bile teringat saya update lagi la yer.

p/s: Boleh baca SINI tentang Set Ibu Menyusu.

Untuk Encik Suami:-

 Sebenarnya suami saya masih dalam proses suaikenal dengan vitamin2 Shaklee nih…:-)..dah lama saya ajak makan sekali. Tapi macam biasalah orang lelaki kurang ambil pusing sikit pasal vitamin2 ni. Bila saya hulurkan vitamin, dia makan jugalah.

Sebenarnya suami saya ada masalah resdung. Cepat alah pada habuk…bangun pagi asyik bersin, especially bila cuaca sejuk. Senang terkena selsema. Kadang2 bila dah selsema tu ambil masa berhari-hari juga baru sembuh!

Nak dijadikan cerita, baru2 ni suami terkena selsema. Dan saya pon ambil kesempatan cepat2 syorkan suami makan Vitamin C untuk membantu mengurangkan simpton2 selsema dan seterusnya cepat sembuh. Suami turutkan ajer…dan esoknya dengan izin Allah, selsema suami dah baik!

Bukan main gumbira suami saya! Barulah dia yakin kesan dan kebaikan vitamin Shaklee. Dan pagi tadi,suami sendiri minta Alfalfa sebelum ke opis. Suke2!! Takpe…kita mula perlahan2 ye bang…

Nanti tiap hari I hidangkan siap2 vitamin untuk U.

p/s: Boleh baca SINI tentang Set Resdung.

Untuk Kakak Hanie:-

Tiap hari saya akan bagi Hanie….

Chewable Vita-C™ 100 mg → Menguatkan Fungsi Imunisasi

Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C. Vitamin C berfungsi untuk:-

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan.
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.

Alhamdulillah, walaupon rasanya masam tapi Hanie sangat menggemari Chewable Vita-C nih. Dah macam dia punya gula-gula. Kalau saya terlupe, dia sendiri yang akan minta. “Ibu…kakak nak tamin (Vitamin) C..”

Syukur alhamdulillah kerana Hanie jarang2 selsema atau demam…3-4 bulan ada la sekali…itu pon sehari jer…selsema pon jarang…lepas ni boleh ajar Adik Areel pulak makan Vita-C ni…kena tunggu dia besor sikit lah! 😛

Untuk Mak, Abah & Adik:-

Berita gembira buat saya sebab mak & abah saya kini dah jadi peminat setia Shaklee juga! (Credit to adik saya yang juga pengguna tegar & pengedar sah Shaklee kerana telah perkenalkan Shaklee kepada kedua ibubapa saya.

Buat masa ni mereka consume Set Asas yang mengandungi:-

  1. Vita-Lea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C

Add-on Lecithin. Ini kerana Mak saya perlu mengawal paras kolesterol dalam badan. Walaupun Mak saya tidaklah termasuk dalam kategori gemuk, namun mungkin disebabkan faktor permakanan yang agak tidak terkawal menyebabkan Mak berdepan dengan masalah kolesterol.

Jadi saya sarankan Mak ambil Lecithin 6 biji sehari (3 pagi 3 malam) untuk membantu menurunkan dan mengawal paras kolesterol dalam badan. InsyaAllah mudah2an berkesanlah.

Hubungi kami untuk tempahan atau pertanyaan tentang produk Shaklee di rahsiavitamin@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-7200429.