Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Nutriwhite Set Penjagaan Kulit Cantik Berseri

Nutriwhite Set Penjagaan Kulit Cantik Berseri khas untuk kulit orang Asia

Sejak kebelakangan ini nama “Nutriwhite Shaklee” semakin mendapat perhatian terutamanya dari golongan kaum hawa tidak kurang juga dari kaum adam yang prihatin dalam hal menjaga penampilan wajah mereka. Bagaikan satu fenomena pula. Sana sini orang mencari produk Nutriwhite. Set Penjagaan Kulit Cantik Berseri.

Penjagaan Kulit Cantik

 

Saya juga pengguna Nutriwhite dari tahun 2012. Produk Nutriwhite pertama yang saya gunakan ialah pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser.

Pada mulanya agak terkejut juga sebab cleanser Nutriwhite ini didatangkan dalam satu tube yang agak besar saiznya. Memang berbaloi serta menjimatkan kos kerana ia boleh digunakan untuk satu tempoh yang agak lama juga. Boleh tahan 8-9 bulan tau ! 😉

Mulai tahun 2013 saya mula cuba toner Nutriwhite dikenali sebagai Soothing Radiance Whitening Softener dan krim malam Overnight Renewal Whitening Cream.

Sangat berpuas hati ! Kulit jadi lebih lembap, lembut seperti kulit bayi setiap hari. Lebih-lebih lagi jika anda konsisten menggunakan krim malam yang marvellous !

Nutriwhite Set Penjagaan Kulit Cantik Berseri. Bangun pagi feeling kulit lembut ala-ala princess gitu~ Tak caya?? Cubalah sendiri. 😉

Nak tau kenapa ramai orang mencari produk Nutriwhite Shaklee ini?

  1. 100% dari gabungan unik ramuan botani semulajadi
  2. Mengandungi 16 ramuan nutrien herba paling tulen dan mujarab yang dipilih dengan teliti dari 16 buah negara
  3. Melalui 3 tahun pembangunan produk sebelum dipasarkan
  4. Dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
  5. Diformulasikan khas untuk kulit orang Asia
  6. Tiada paraben, pewarna tiruan dan bau tiruan – Shaklee kan sentiasa selamat
  7. Tahan lebih lama ! – Cleanser Nutriwhite mampu bertahan lebih 8-9 bulan !

 

Bahan-bahan Nutriwhite

1. Bearberi – melegakan & mengurangkan keradangan
2. Soybean – mencerahkan, melembut, melembap & mengurangkan tompok
3. Skullcap – mengurangkan keradangan dengan flavonoid
4. Beech Tree – meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit
5. Strawberry Begonia – mencerahkan & mengimbangkan pigmentasi
6. Mulberry – mencegah kersakan matahari & melembap
7. Peony – mencerahkan, melembapkan & mengurangkan keradangan
8. Rosemary mengetatkan & menegangkan kulit
9. Aloe Vera – melegakan & melembapkan
10. Mountain Arnica – mengurangkan keradangan dengan flavones
11. Cat’s Claw – menegangkan & menyegarkan
12. Kudzu Leaf & Roots – menegang & mengurangkan keradangan
13. Linden – menyuburkan & menghidrat diperingkat dalam
14. Marshmallow – melembapkan
15. Seaweed – mengeluarkan, memelihara & menegangkan
16. Green Algae – menyahtoksin dan melembapkan

BONUS !!

Vitamin C aktif juga ditambah bagi menghasilkan kecerahan kulit, membantu melicinkan permukaan kulit wajah agar lebih segar dan bersinar. Kulit jadi lebih glowinnggg gitu ~ Banyak kan kesan yang “terpaksa” diterima oleh kulit wajah kita..;)

Bagaimana agaknya Nutriwhite bertindak?

Nutriwhite bertindak dengan 5 cara :

  • MENCEGAH kesan-kesan memudaratkan daripada matahari dan alam persekitaran dengan melindungi kulit anda secara aktif daripada sinar UV dan cahaya matahari yang boleh menggelapkan serta merosakkan kulit
  • MENGURANG penghasilan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi gelap
  • MENYEKAT pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit naik ke lapisan
  • MENCERAH warna melanin yang sedia ada dan tompok hitam serta menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan
  • MEMPERBAHARUI dengan menghilangkan sel-sel mati yang mengandungi melanin berlebihan agar kulit cantik berseri

 

Satu set lengkap Nutriwhite mengandungi :


(1) Gentle Deep Foaming Cleanser
(2) Gentle Action Makeup Remover
(3) Overnight Renewal Whitening Cream
(4) Spot Whitening Treatment
(5) Soothing Radiance Whitening Softener
(6) Ultimate Protection Whitening Lotion
(7) Daily Defence Whitening Essence

Saya akan kongsikan fungsi setiap produk Nutriwhite ini dalam next entry ye! Sekali dengan testimoni hebat pengguna tegar Nutriwhite Shaklee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.