Sesi Menuntut dan Berkongsi Ilmu Bersama Team Shaklee Miri

Menuntut dan Berkongsi Ilmu Bersama Team Shaklee Miri

Imbas kembali catatan diari 2014 ketika sessi menuntut dan berkonsi ilmu bersama Team Shaklee Miri.

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Miri petang semalam seperti yang dirancangkan. First time jejak kaki ke bumi Miri. Saya terbang dari JB ke Miri dengan satu matlamat. Misi bertemu dengan salah seorang Leader Shaklee saya yang hebat di Borneo, Puan Nadea Deana. Ini pertama kali saya bertemu beliau.

Puan Nadea - Pengedar Shaklee Limbang, KK, Sipitang

Puan Nadea – Pengedar Shaklee Limbang, KK, Sipitang

Selama ini kami hanya berhubung melalui Fb dan WhatsApp sahaja. Namun begitu ia bukanlah satu halangan untuk Puan Nadea berjaya mendaki tujuh anak tangga Leader Shaklee. Kami akrab meskipun belum pernah bertemu di alam nyata. Beliau menjalankan biz Shaklee secara part time sahaja.

Alhamdulillah kini beliau seorang SENIOR SUPERVISOR SHAKLEE dengan income Shaklee mencecah 4 angka setiap bulan.

Saya ke Miri untuk berkongsi ilmu bersama beliau. Beliau seorang yang rajin dan berwawasan. Punya impian yang SAMA seperti saya ! Mari kita sama-sama doakan semoga beliau terus maju jaya, terus membantu lebih ramai orang menjadi lebih sihat, lebih ramai orang dapat menambah baik ekonomi keluarga mereka juga.

Sesi Menuntut Ilmu Di Miri (Day 1)

Saya tiba di lapangan terbang Miri jam 3.10 petang. Alhamdulillah, Sifu Shaklee saya Master Norita dan keluarga sudi datang jemput saya di airport dan bawa minum petang di Bandar Miri. Minum petang di Restoran Jepun, namanya Izuyaki.

Menu makanan yang best ! Pakej dapat dengar lagu-lagu best masa zaman belajar di Okayama dulu. Rindunya nak ke Jepun lagi. InsyaAllah saya akan ke sana nanti bawa anak-anak pula. Amin.

Minum petang di Izuyaki

Minum petang di Izuyaki

Sebelah malam, makan malam sambil sesi kelas malam ekslusif bersama Kak Norita dan Abang Naquib. Setiap kali berjumpa Kak Norita pasti ada banyak ilmu baru yang dikongsikan. Pasti ada buku baru yang direkomenkan. Terima kasih Kak N kerana tidak pernah jemu berkongsi ilmu dengan kami.

Nak berjaya kita perlu rajin membaca!

Class Malam Ekslusif dengan Kak Norita

Class Malam Ekslusif dengan Kak Norita

Lihatlah tekun saya menyalin nota dan tips dari Kak Norita.

Selfie with my Sifu

Selfie with my Sifu

Semoga Allah memberi segala kebaikan, kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak putus kepada Sifu saya dan keluarganya. Bersyukur kerana saya mempunyai nenda Shaklee seperti beliau. 😉

Oh ya ! Khas untuk kawan-kawan yang berada di sekitar Miri, jemput datang dan sertai event kesihatan bersama my Sifu Kak Norita seperti tertera dibawah. Saya juga akan kongsikan bagaimana saya menguruskan masa antara family dan biz Shaklee dari seorang SURIRUMAH. InsyaAllah. 😉

Stay Healthy Be Wealthy
Miri Sarawak