Seminar Shaklee Euphoria (GBS) yang PERTAMA.

Seminar Shaklee Euphoria (GBS) yang PERTAMA.

Seminar shaklee euphoria pertama 

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad…dah sampai Ahad ek? Masa memang tak tunggu kita…so kita sendiri kena bergerak seiring masa…jadi takdelah istilah ‘tak cukup’ masa…masa tu sentiasa ada..cuma mungkin kita yang kurang bijak mengatur masa sendiri…betul tak? Mari saya ceritakan kenangan menghadiri Seminar Shaklee Euphoria (GBS) yang PERTAMA.

Throwback!!! Throwback!!! Throwback!!!

Seminar Pertama Shaklee Euphoria (GBS) nie diadakan pada 28 May 2011, di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kebetulan En.’S’ juga perlu menghadiri training yang telah diaturkan oleh pihak syarikatnya di JB, maka saya terpaksa memandu sendiri dan pergi sehari awal dan  dengan anak2 ditemani adik dari Johor ke Petaling Jaya.

Memang mencabar jugaklah..sebab saya masih breastfeeding anak kedua saya. Jadi banyak kali lah saya perlu cari tempat berhenti untuk menyusukan Areel. Pergi pagi pukul 7 pagi, sampai hotel kat Puchong pukul 7 petang !!! Syukurlah Areel tak meragam sepanjang perjalanan..walaupon ibunya dah tersesat2 nak cari hotel…Maklumlah ini pengalaman pertama memandu sendiri ke PJ.

Zaman nie ‘sengkek’ lagi, handset pun tak canggih lagi. GPS suma tu takder lg. Model handset pun cuma Nokia 310. Tapi berkat KESABARAN dan KEAZAMAN yang tinggi (Cewahhh) nak jumpa Kak N, akhirnya saya selamat menghadiri seminar Shaklee yang pertama dan pulang ke Johor dengan selamat.  Syukur, Alhamdulillah.

Cabaran nak berjaya, memang kena susah dulu. Kena sesat-sesat dulu. Baru terasa nikmatnya kejayaan. Semenjak hari tu JB ke KL tu dah jadi rutin biasa kami anak beranak. Setiap kali pergi memang saya angkut semua satu famili. Tupun kalau En. ‘S’ tak kerja (masa zaman tu ler). Sekarang En.’S’ dah join saya running Shaklee sepenuh masa sama-sama. So kalau ada seminar kat KL, memang dia jerlah yang drive. No more sesat-sesat.

Bagi saya, untuk berjaya, kita kena pergi mencari ilmu. Tak kira di mana. Ilmu takkan datang secara tiba-tiba. Untuk semua bisnes partner Shaklee saya, berusahalah sungguh-sungguh jika anda ingin berjaya. Ikhlaskan diri untuk belajar jika anda ingin berjaya dalam Shaklee. Saya doakan anda membaca artikel ini berjaya dalam semua bidang yang anda ceburi. Aamiin.

Seminar Shaklee euphoria pertama

Saya harap entry ni sedikit sebanyak dapat memberi semangat pada ibu-ibu di luar sana yang sedang menjalankan Bisnes Shaklee sebagai sumber pendapatan utama atau pun tidak…. Apa yang penting kita perlu tanamkan sifat SABAR dalam diri untuk berjaya dalam misi mendaki puncak kejayaan.

Kalau dah tertulis Shaklee itu rezeki anda, In-sya-Allah anda akan berjaya. Yang penting kena berusaha keras. SABAR ITU MANIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.