Shaklee Offer

Selamat Menyambut Ramadhan

 Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa

Kami di Rahsia Vitamin ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam terutamanya pembaca-pembaca di Rahsia Vitamin.com. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa keberkahan kepada kita semua.

Menyambut Ramadhan

Fadhilat Ramadhan:

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

 

Niat Berpuasa

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالى

Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala”

 

Niat Solat Sunat Terawih

ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟﺘَّﺮَﺍﻭِﻳْﺢِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻣَﺄْﻣُﻮْﻣًﺎ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Ertinya: Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Sunat Witir

Dua Rakaat:

ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺭَﻛْﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻣَﺄْﻣُﻮْﻣًﺎ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Ertinya: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Satu rakaat:

ﺃُﺻَﻠِّﻲْ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟْﻮِﺗْﺮِ ﺭَﻛْﻌَﺔً  ﻣَﺄْﻣُﻮْﻣًﺎ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Ertinya: Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.