Selamat Datang 2017 Dari Rahsia Vitamin

Selamat Datang 2017

Saya sharekan moto hidup seorang Master Shaklee, “Your dream must big enough to scare you”. Matlamat yang besar akan menutupi segala masalah-masalah kecil. Selamat Datang 2017.

Matlamat ni seperti papan dart  (dart bulleyes). Sebelum mengejar impian, sediakan impian dan target anda untuk tahun ini. Kalau tak ada impian dan target yang jelas, macammana nak mengejarnya. Kalau tak ada papan dart, nak baling kat mana?

Jangan takut untuk berubah kerana tiap-tiap hari kita akan tetap berubah. Rambut yang hitam akan jadi putih. Muka yang licin akan mula berkedut. Jadi, jangan takut untuk membuat perubahan dalam diri anda.

Setiap perubahan pasti memerlukan pengorbanan dan ketidak selesaan. Nak berjaya tak boleh lah goyang kaki sokmo. Nak berjaya tak boleh lah duduk selesa dalam “comfort zone” sekarang nie.

Kami di Rahsia Vitamin ingin mengucapkan“Selamat Tahun Baru 2017”. Selamat datang 2017. Semoga kedatangan 2017 membawa lebih keberkatan kepada semua pelanggan-pelanggan Shaklee kami dan semua bisnes partner kami.

Selamat Datang 2017

Kami di Rahsia Vitamin akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu servis kami kepada anda, pelanggan setia Shaklee di Rahsia Vitamin. Untuk semua bisnes-bisnes partner kami, tiada apa yang mustahil jika kita sentiasa positif, fokus, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat dan sasaran kita.

Saya menulis bukan untuk anda semua, tapi untuk diri saya sendiri juga. Saya doakan semoga tahun ini akan ada perubahan yang positif kepada semua. In-sya Allah. Aamiin.

2 Comments
  1. Rahsia Vitamin 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.