Sebab Apa Orang Kita Jadi Nyanyuk

ByRV Master

Sebab Apa Orang Kita Jadi Nyanyuk

Sebab Apa Orang Kita Nyanyuk

Nak tahu tak sebab apa orang kita, orang kita kena penyakit nyanyuk. Sebab utamanya ialah pemakanan. Budaya pemakananlah yang membezakan jenis penyakit untuk setiap bangsa. Baca sampai habis.

Sebab Apa Orang Kita Nyanyuk

 

Nyanyuk (Alzheimer)

Penyakit Nyanyuk adalah penyakit yang terkenal diseluruh dunia yang selalunya dikaitkan dengan warga emas. Namun, penyakit ini bukanlah sesuatu yang normal.

Simptom-simptomnya ialah apabila kita sukar untuk mengingati acara-acara penting yang baru jer berlaku ataupun yang baru berlalu setahun yang lepas. Senang cerita, hilang ingatan.

Punca utamanya penyakit ini ialah disebabkan:

  • Saraf menjadi berserabut/berselirat.
  • Pengumpulan plak protein yang di panggil beta-Amyloid di dalam otak.

 

Para penyelidik juga tidak pasti bagaimana ianya berlaku dan apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku. Tetapi ianya mungkin disebabkan sejenis protein di dalam darah yang dipanggil ApoE (apolipoprotein E) yang mana ia digunakan untuk menggerakkan kolesterol dalam darah.

Terdapat beberapa jenis ApoE yang mempunyai kaitan dan risiko yang tinggi dengan Alzheimer/Nyanyuk. Sesetengahnya boleh menyebabkan kerosakan kepada otak. Ada juga penyelidik yang mengatakan ApoE ini memainkan peranan dalam pembentukan plak di dalam otak pesakit Alzheimer.

Selain faktor ApoE,  faktor gen keturunan juga memainkan peranan yang penting yang boleh menyebabkan Alzheimer. Seseorang yang mempunyai ibu bapa yang mengidap penyakit Alzheimer mempunyai kebarangkalian untuk mempunyai penyakit ini juga.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tekanan darah yang tinggi dan paras kolesterol yang tinggi juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap Alzheimer.

Kecederaan kepala juga mungkin boleh menjadi punca. Kecederaan yang teruk, mungkin menjadi risiko penyebab mereka menghidap penyakit Alzheimer di kemudian hari.

Para penyelidik masih lagi menjalankan kajian dari pelbagai sudut dan teori. Tetapi yang pastinya risiko untuk menghidap Alzheimer adalah semakin tinggi apabila usia meningkat tua terutamanya yang mempunyai keturunan yang menghidap Alzheimer.

Resveraterol adalah sejenis anti-oksidan yang dipercayai mampu untuk melindungi saraf daripada rosak dan membantu mengelakkan pembentukan plak didalam otak.

Kebanyakan supplemen resveraterol yang dijual di pasaran adalah diperolehi dari tumbuhan yang dipanggil Polygonum Cuspidatum. Selain itu, resveraterol juga boleh diperolehi dari kulit buah anggur merah.

Sumber: webmd.com

About the author

RV Master administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.