Shaklee Offer

Tip Pantas Sampul Buku Guna Sampul Plastik

Tip Pantas Sampul Buku Guna Sampul Plastik

Musim naik sekolah. Semua dah mula sibuk menguruskan anak-anak naik sekolah. Nak bayar yuran, nak beli buku, nak beli baju. Macam-macam nak kena readykan. Lagi-lagi anak-anak yang baru masuk darjah satu. Buku-buku semua nak kena sampul. Buku teks memang semua wajib sampul. Yang leceh nak sampul buku.

Lecehkan nak sampul buku lagi-lagi guna sampul plastik. Sebabnya sampul plastik tu LICIN. Macam-macam yang saya pakai nak cepatkan proses penyampulan. Dan akhirnya ini yang terpantas. Cuba tip RV kat bawah nih. Mesti menjadi. Lebih pantas berbanding sebelum ni. Kuncinya ialah “KLIP KERTAS”.

Sampul Buku

Like dan Share jika korang suka. Mak-mak yang ada anak bersekolah mesti suka.

 

ALAT-ALAT

1. Sampul plastik
2. Gunting /Pisau
3. Selotip
4. PALING PENTING –> KLIP KERTAS.

CARA RV SAMPUL BUKU

1. Salutkan buku dengan sampul plastik yang siap dipotong. Pastikan ‘basi’ sampul plastik sama disekeliling buku. Klipkan klip kertas di bahagian tepi tulang buku (lihat gambar) bersama-sama sampul plastik. Semakin tebal buku anda , semakin besar klip kertas yang anda kena guna.

2. Kelepetkan sampul plastik seperti dalam gambar. Lekatkan sampul plastik menggunakan selotip di bahagian kulit buku bawah. Terbalikkan buku. Kelepetkan dan lekatkan sampul plastik ke kulit buku yang satu lagi.

3. Potongkan bahagian tepi sampul plastik (lihat gambar). Buku teks, buku aktiviti, buku nota semua boleh ikut cara ni. Lebih pantas.

4. Kelepetkan dan lekatkan bahagian tepi sampul plastik menggunakan selotip. Ulangi langkah ini untuk lagi 3 bahagian buku.

Selamat mencuba.