Resepi Sambal Ikan Bilis Lada Hijau Jawa Style

Pernah Makan Sambal Ikan Bilis Lada Hijau?

Tak tahu dah nak makan apa. Ayam dah tak masuk dalam list menu dah. Harga Ikan pulak dah mengalahkan harga ayam. Tapi ikan bilis ni pun mahal jugak weiii. So, inilah menu pembuka selera kita hari ini. SAMBAL IKAN BILIS LADA HIJAU jawa style (Versi Tok Leh). Ada ler secret weaponnya kasi rasanya kaw skit. Saya buka rahsianya dalam post nie. Baca sampai habis yer. Hehehehe.

Sambal Ikan Bilis Lada Hijau

Bahan-bahan utama sambal bilis

Buang biji lada konon-kononnya nak elak terkena appendiks, sekali rasanya langsung tak pedas. 12 tangkai tu. Lada dah macam sayur dah. Next time memang nak kena letak lada cili sikit. Baru terangkat. Tapi oklah sebagai ‘appertizerrrr’.

Masak banyak-banyak, simpan dalam peti ais. Cukuplah stok untuk seminggu. Memang umppphhhh. Sekali makan pasti nak tambah nasi lagi.

Sebelum tu, RV nak bagitau cili ni kaya dengan vitamin C tau. Nak tau lebih lanjut korang boleh baca KAT SINI. Mana-mana yang tak tahan pedas tu, dun worry, sambal ni memang tak pedas. Insya-Allah tak sakit perut.

Cara nak buatnya memang simple. Potong-potong, hiris-hiris, campak-campak, gaul-gaul siapppp. Ni dia resepinya:

Bahan-bahan

  1. 12 tangkai – Lada hijau (lada besar). Hiris kasar. Rendamkan dalam air untuk buang biji.
  2. 100g – Ikan bilis besar (siap siang-belia kat supermarkat). Basuh bersih-bersih. Rendamkan dalam air.
  3. 4 biji – Bawang besar (saiz sederhana). Potong bulat-bulat, kasar-kasar.
  4. 5 ulas – bawang putih ( bahan awet untuk tahan lama). Hiris halus.
  5. 1 inci – halia. hiris halus.
  6. 2 sudu besar – Asam jawa. Bancuh dengan air masak.
  7. 2 sudu bear – Gula kasar
  8. 2 sudu teh – garam
  9. 1 senduk kecil – minyak masak

Cara-caranya

  1. Mula-mula panaskan kuali. bubuh  minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia sampai keluar bau harum. Jangan sampai keluar bau hangit pulak. Nanti pahit.
  2. Masukkan ikan bilis, lada hijau. Gaul rata. Biarkan seminit dua supaya lada hijau layu sedikit.
  3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Siapppp. Say No MSG.

Secret Resepi

Bahan rahsia yang Tok Leh ajar ialah bubuh 1~2 sudu besar sunquick. Perisa oren yer. BUKAN yang blackcurrent dan lain-lain. Kalau takder korang boleh gantikan dengan air limau. Rasanya lain daripada yang lain. Ada masam-masam manis.

Kebiasaanya Tokleh akan letak PETAI. kalau nak pedas sikit letak cili api sebiji dua. Memang terbaikkkk. Gerenti 3 hari tak boleh lupa rasa kesedapannya. Bak kata orang tua-tua, tidur tak lena, mandi tak basah, kentut tak hilang bau. hehehhe.

Okkay. takder hutang dah.

Potng cili hijau kasar-kasar lepas tu rendamkan dalam air untuk buang bijinya. Ambil pakai senduk Kalau tak tangan korang mesti “pijo’. Hehehe.

Disebabkan kuantiti yang RV buat ni banyak, so sediakan tupperware siap-siap untuk disimpan dalam peti ais. Boleh tahan untuk stok seminggu ni. Kalau keluarga korang ramai, keluarkan jerlah semua. Gerenti tak cukup. Selamat mencuba resepi Sambal Ikan Bilis Lada Hijau.