Shaklee Offer

Salam Maal Hijrah dari Rahsia Vitamin

Salam Maal Hijrah

Kami di Rahsia Vitamin ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437 kepada semua pengunjung website rahsiavitamin.com. Semoga tahun baru ini kita kan mendapat lebih barokah dari yang Esa. Aaminn.

 

Salam Maal Hijrah

Ya ALLAH ya Tuhan Kami,

Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka.
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka.
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka.
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya,
sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH,anak-anak yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya, ampunkanlah dan pimpinilah mereka.


Ya ALLAH ya Tuhan Kami,
Susah kami, bantulah Ya ALLAH.
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH.
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH.
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH.


Ya ALLAH ya Tuhan Kami,

Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami,

Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH.
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH.
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH.
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH.

Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH.
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu,
berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.

Semoga kedatangan tahun baru membawa lebih rahmat dan keberkatan kepada kami dan pelanggan2 RV.com.
Aamiiin. In-sha-Allah.

Kami di RahsiaVitamin.com mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437.

Semoga diberikan kesihatan yang berkekalan, rezeki yang bertambah dan semua perancangan dipermudahkan oleh-Nya.