Orang Gemuk Kena Baca Hadis Nie

ByRV Master

Orang Gemuk Kena Baca Hadis Nie

Salahkah Saya Sebagai  Muslim Membiarkan Diri Saya Gemuk

Tadi saya terbaca hadis mengenai “GEMUK’ kat page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle. Salahkah Jadi Orang Gemuk? Orang Islam kat Malaysia kena tahu pasal hadis ni. Nabi sebut tau pasal orang gemuk. Hati-hati yer kawan-kawan yang kegemukan.

Hadis Nabi

Di bawah adalah teks daripada Sahih al-Bukhari.

Hadis Orang Gemuk

Hadis berkaitan “GEMUK”

Daripada Imran bin Hussain r.a, Nabi s.a.w bersabda:

‏” خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ‏”‏‏.‏ قَالَ عِمْرَانُ فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا ‏”‏ ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ ‏”‏‏.‏
Sebaik-baik umat ku adalah kurun ku. Seterusnya yang mengikuti mereka, seterusnya yang mengikuti mereka. Imran berkata: Aku tidak tahu adakah baginda menyebutkan dua atau tiga kurun selepas kurunnya. (Baginda bersabda lagi): Sesungguhnya selepas kalian akan muncul kaum yang bersaksi tanpa diminta memberi persaksian, khianat dan tidak amanah, bernazar dan tidak menunaikannya, KEGEMUKAN akan terzahir daripada mereka. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, hadis no: 3650].

Sifat gemuk tidak digalakkan kerana ia lazimnya membawa kepada malas untuk beribadah kepada Allah. Apatah lagi sifat gemuk ini kebiasaannya akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

Credit: https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/

Jom Diet

Marilah kita jaga pemakanan kita. Saya pun sedang mengusahakan untuk berada di tahap berat badan yang ideal. Dengan cara menjaga pemakanan + pengambilan supplemen (CINCH SHAKE Shaklee ler) + Jogging. Semoga Istiqomah. Aaminn.

 

About the author

RV Master administrator

2 Comments so far

Nur RazaliPosted on12:39 pm - Apr 2, 2017

Salah jadi gemuk bila kesan tak baik tue kite jadi malas nak beribadah. Lagi 1 boleh mengundang macam2 jenis penyakit juga kan.

Noriza Abdul RahmanPosted on9:26 am - Apr 3, 2017

Islam sendiri menyarankan kita supaya menjaga kesihatan dan mengelakkan dari kegemukan, kan?
Noriza Abdul Rahman recently posted…DETOKS? Boleh ke Buang Toksin Dalam Badan Kita?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.