Sakit Kayap Kering Selepas Seminggu Dengan Garlic Shaklee

Sakit Kayap Kering Selepas Seminggu Dengan Garlic Shaklee

shingles-blisters

Apa itu Kayap?

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

varicella-1

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari. Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan.

Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
* sumber MyHealth

Pengalaman sendiri

Saya sendiri pernah terkena sakit kayap semasa anak sulong saya berusia 2 bulan. Biji-biji air keluar di bahagian tulang rusuk. Rasa panas di sekitar bahagian yang keluar biji air. Apa yang doktor beritahu virus kayap ini menyerang saraf. Jadi sebab itulah pesakit akan rasa sakit sekejap-sekejap sahaja bukan berterusan. Tetapi yang sekejap-sekejap itu teramatlah sakitnya.

Rasa seperti otot ditarik-tarik. Memang sakit! Sangat mencabar sebab masa itu baby baru 2 bulan dan masih fully breastfeeding. Allah sahaja yang tau sakitnya sampai mengalir juga lah airmata. Tetapi masa tu saya belum kenal Shaklee.

Saya cuba rawatan tradisional di kampung mertua di Kota Tinggi. Saya takut makan ubat yang doktor berikan sebab saya masih menyusukan baby. Lebih kurang seminggu jugalah saya “berpantang” di rumah mertua. Sebab sakit kayap ni menyebabkan saya tak mampu nak angkat baby, tak boleh nak mandikan baby. Jadi ibu mertua yang tolong mandikan baby saya selama saya berpantang kayap.

Alhamdulillah selepas hampir sebulan, saya sembuh sepenuhnya. Biji-biji air kering dan jadi kuping kehitaman yang gugur sendiri selepas tu. Itu zaman tak kenal Shaklee lagi.

Testimoni Kayap Sembuh Dengan Garlic Shaklee

Saya terungat wassup dari biz partner Shaklee saya Puan Nur Razali tempohari. Beliau juga pernah terkena sakit kayap. Tapi yang membuatkan saya teruja, biji-biji air sakit KAYAP beliau cepat kering dan dah tak sakit selepas beliau amalkan Garlic Shaklee. SEMINGGU aje dah kering…dah jadi kuping-kuping hitam.

Beliau sendiri seakan tidak percaya secepat ini sakit kayap sembuh. Kerana menurut doktor kebiasaannya sakit kayap akan sembuh selepas sebulan.

Sakit Kayap

Apa kelebihan Garlic kepada kita ye?

Bawang Putih

Antara fungsi-fungsinya……

  1. ANTIBIOTIK semulajadi yang selamat
  2. Menghalang ALERGI
  3. Menstabilkan GLUKOSA dalam darah
  4. DETOKSIFIKASI – mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas
  5. Mencegah KANSER
  6. Menurunkan KOLESTEROL
  7. Mengatasi KEMBUNG PERUT, GASTRIK & KETIDAKHADAMAN
  8. Spearmint untuk atasi SAKIT JANTUNG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.