Risiko Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu

Risiko Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu

Risiko Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu

Beberapa hari lepas dunia maya digemparkan dengan kes ibu breastfeeding selfie dan dikutuk oleh netizen. Pada pendapat saya, kalau nak menegur tu biarlah menggunakan bahasa yang sopan.
Breastfeeding baik untuk baby dan untuk ibunya juga.

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:


1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan
    perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
  • Diabetes
    jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan
    kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula
    (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa
    kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk
    menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • SIDS
    ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak
    diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian
    menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya
    SIDS.
4. Masalah pernafasan.
  • Peningkatan
    penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang.
    Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan
    tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan
    bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong
    pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
  • Jangkitan
    telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati
    risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di
    kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga
    sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan  boleh menyebabkan komplikasi
    lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama
    akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan
    perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
  • Tidak
    dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang
    dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit
    birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan.Ini
    adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah,
    doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula
    dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu
    bermakna kurang nutrien diperoleh bayi.Sebaliknya bayi yang minum susu
    ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang
    cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang
    menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang
    minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi
    yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
  • Pemberian
    susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan
    respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya
    bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan
    dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan
    peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik
    vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih
    menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan
    penyakit.
    )
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
  • Adakah
    anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol
    (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara
    ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat
    dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan
    rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi
    ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu
    apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding
    kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan
    pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya
    menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan:
banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi
tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini
termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan
sebagainya.

“SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK!!!!”

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
Sumber:  The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
credit 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.