Shaklee Offer

Ringkasan Amalan Di Hari Raya

Ringkasan Amalan Di Hari Raya

Amalan Di Hari Raya

Lain tempat lain budayanya. Adat dan amalan di Hari Raya pastinya berbeza di setiap tempat. Kalau di negara-negara lain, sambutan aidilfitrinya nya mungkin berbeza dengan sambutan di Malaysia. Bukan setakat di luar negara, di negeri-negeri malaysia juga pastinya berbeza. Setiap negeri pastinya mempunyai adat-adat dan cara yang tersendiri ketika menyambut lebaran.

Kalau kat Johor ada ketupat, rendang dan lodeh, kat Negeri utara macam mana plak yer? Walau macamana meriah pun sambutannya, sebagai orang islam, amalan-amalan yang mendatangkan pahala jangan kita lupakan.

Amalan Di Hari Raya

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

  1. Mandi sunat Aidil Fitri pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
  3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
  5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
  8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
  11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.