Resepi Pantas Daging Kambing Berempah

Resepi Pantas Daging Kambing Berempah

Oklah saya abadikn resepi kambing berempah nie kat sini. Masa zaman kat universiti dulu, masakan nie memang peberet. SEBAB memang amat mudah, cepat dan pantas. Zas zas zas siap.

Almaklumlah, kat oversea mana nak dapat rempah-ratus macam kat M’sia kan.¬† Memang tak sangka boleh jadi antara dish yang peberet. Cer tanya warga Okayama, Japan (Sekitar batch ~2005). Ingat lagi tak Daging Kambing Berempah En. Sudir?

Resepi nie mmg sesuai utk org-org bujang yang baru nak belajar masak daging kambing (Ayam, lembu pun boleh , tp kurang/tak feel). Tp yang dah beranak-penak pun boleh kalau nak mencuba.

Resepi nie di cedok dari mesra.net dan diubah-suai sesuka hati. Originally resepi nie di panggil:

Daging Kambing Berempah

kambing berempah

Gambar nie saya cilok dari En. Google + Daun Pudina. Tapi beginilah rupa masakannya bila dah siap.


BAHAN-BAHAN:

600 gm daging kambing (dihiris nipis)
1 biji kentang. (Potong 6 – takde dalam resepi original)

Rempah
2 camca besar rempah kari (Cuba pakai kari babas, lagi kaw)
1 camca besar cili giling (Tak bubuh pun tak per. Takut anak tak boleh makan)

Jenis-jenis Sos
2 camca besar mayonis
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar kicap manis

Bawang-bawangan
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang besar (dipotong bulat-bulat)

Rempah Tumis
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

3 camca besar minyak masak
125 – 250 ml air

Garam (Kurangkan masin yer)
Gula pasir (kurangkan manis yer)

CARA-CARA MEMASAK:
1. Perap daging kambing dengan semua jenis sos, semua rempah dan bawang putih. Gaul pakai tangan. (Air tangan tu yang jadikan masakan lagi sedap. Betul tak?)

2. Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis dan bawang besar. Tunggu hingga naik bau. (Untuk memasak, saya syorkan guna kuali/periuk  yang bertutup sebab merecik merata.)

3. Masukkan kambing yang diperap tadi. Masukkan air. Masukkan kentang. Gaul-gaul, tutup. Tunggu sampai daging empuk. Tambahkan air jika perlu.

4. Masukkan garam dan gula jika perlu.

Sekian menu kita hari ini.

 

SELAMAT MENCUBA!!!