Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Beriani Ayam ala Hayyan

Resepi Beriani Ayam ala Hayyan

Patutler Nasi Beriani Mahal. Mana tak mahalnyer, beras basmathi 2kg pun dah macam harga 10kg beras biasa . Minyak sapinya pun 1 tin kecik tu pun dah RM11.00. Kalu ikut resepi betul-betul memang tak sanggup la weiii. Tapikan nak buat camner. Dah sedap beli jerlah. Bukan selalu pun. Hari ni saya nak sharekan resepi Beriani Ayam ala Hayyan.

Resepi Beriani Ayam ala Hayyan

Resepi Beriani Ayam ala Hayyan

Buatnya pun takderlah remeh sangat. Ikut cara sendiri lah yer. Macam masak kari jer lebih kurang. Nasi jerlah kena tunggu lama sket. Tapi pakai pressure cooker, hilang segala masalah. Sumbat-sumbat, tekan-tekan siap.

BAHAN-BAHAN
============
1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan (takde dalam gambar).
.
Bahan Kisar:
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Tumis:
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
2 biji bawang merah dipotong halus
5 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan lain
2 biji tomato dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato (kalau pakai tomato puree lagi sedap)
1 cawan susu cair
Daun ketumbar +daun sup + daun pudina
Gula dan garam secukup rasa
5 sudu besar rempah briyani (bancuh dengan air)
Carrot 1 batang di potong panjang-panjang.

 

CARA-CARA MEMASAK
=================

  1. Panaskan periuk ajaib. Pakai periuk TAK ajaib pun boleh.  Masukkan minyak dan minyak sapi (Ghee).
  2. Masukkan semua rempah tumis. Kalau nak masuk bunga cengkih pun boleh. Goreng sekejap
  3. Masukkan bahan yang dikisar ( bawang merah + bawang putih + halia). Tumis gunakan sudip kayu hingga naik bau.
  4.  Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan tumis hingga garing.

  5. Masukkan tomato, sos tomato, susu,  garam dan gula. Kalau nak sedap, gantikan gula pasir dengan gula melaka.
  6. Godak sampai naik minyak. Lepastu masukkanlah ayam dara. Ayam dara ni lembut sikit. Gaul rata, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu lebih kurang 5 minit.
  7. Agak-agak ayam dah separuh masak, masukkan carrot. Carrot ni ada rasa manis. Kalau korang tak makan carrot, ganti dengan kismis pun ok.
    Tujuan dipotong kasar-kasar ni adalah supaya ianya tak hancur bila dimasak. Tinggalkan sekejap supaya carrot ni lembut.
  8. Masukkan dedaunan layu di tasik beriani. hehehe. Yang penting daun ketumbar. Kalau takde yang lain pun takper. boleh jer.
  9. Siapppppp…. telan air liur sket. Nak makan dengan nasi beriani pun boleh, Nasi tomato, roti canai, nasi putih pun boleh.

SELAMAT MENCUBA !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.