Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Buntu tak tau nak masak apa unutk anak-anak hari nie. Google punya google, nampak plak Resepi Ayam Paprik Ala Thai kat internet. Moh kita cuba. Macam sedap jer kan. Macam sedap jer kan. Bawah ni resepi asalnya. Saya ubah ikut citarasa anak-anak. Minta halal resepi yer tuan tanah. Saya abadi kan di sini untuk rujukan sendiri.

Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Ayam Paprik Ala Thai ( Gambar Google)

 

Bahan-bahan
2 keping dada ayam – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris
2 ulas bawang merah – di hiris
1/2in halia – hiris halus
1/2 labu bawang besar – dibelah memanjang
1 biji cili merah – dihiris serong
4 biji cili padi – di ketuk sedikit
1 batang serai – di ketuk
2 helai daun limau purut

2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis

sedikit garam
1/2 cawan air

Sayuran-sayuran
Bunga kobis – potong kecil
2 biji putik jagung – dihiris
1/2 biji karot – dihiris memanjang
2 tangkai kacang panjang – dipotong 1 inci

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna menjadi keputihan. Tos dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata.
5. Masukkan air, serai dan daun limau purut, biar mereneh, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar dan sayuran-sayuran yang di hiris. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Masak hingga sayuran empuk.
7. Hidang bersama nasi putih.

Memandangkan resepi Ayam Paprik Ala Thai ni nampak macam pedas, saya kurangkan semua bahan-bahan yang menyebabkan pedas. Takut anak-anak tak nak makan plak. Kalau nak tengok resepi-resepi masakan yang lain, boleh KLIK SINI.

Okkay. Selamat Mencuba!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.