Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resdung oh resdung…

RESDUNG

Mesti rasa runsing kan kalau setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehinggakan bukan hidung aje berair, mata pun merah-merah berair kerana bersin akibat resdung. Entry kali ni khas untuk anda yang masih tercari-cari cara nak hilangkan/sembuhkan resdung anda. Jangan runsing-runsing!!

Apa itu sinus (resdung)?

– Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang Sinus 

– Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak.
Antara agen penyebab radang sinus ialah virus, bakteria, kulat, alahan, iritasi kimia & ketumbuhan
dalam hidung (polyp). Sekiranya anda mempunyai gejala dan tanda-tanda berikut, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.
Berikut adalah gejala atau tanda-tanda radang sinus:-
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam
Radang sinus ini boleh dicegah sekiranya anda :-
  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik.
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
  • Berhenti merokok.
  • Hindari alkohol.
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam. 
source : Info Sihat
 
Sesuai diambil oleh : Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.

Saya akan kongsikan testimoni mereka yang telah mencuba dan Alhamdulillah nampak perubahan positif terhadap resdung yang dialami dalam entry akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.