Shaklee Offer

Rasa Kebas Dan Berdenyut Pada Kaki Tanda Awal Diabetes

Rasa Kebas Dan Berdenyut Pada Kaki Tanda Awal Diabetes

Simptom seperti rasa kebas dan rasa berdenyut pada kaki adalah tanda awal diabetes. Ia adalah petanda kerosakan saraf akibat Diabetes. Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf yang biasa ini, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.

Tanda Awal Diabetes

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami, ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Memastikan tahap glukos dalam darah berada pada julat normal melalui pengawalan pemakanan dan perancangan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin.

Saintis Jepun telah mendapati bahawa saraf yang rosak boleh dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali sebagai mecobalamin atau metilkobalamin – satu bentuk vitamin B12 yang aktif.

Mecobalamin – Vitamin B12

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan oleh mekanisma unik yang berbeza daripada terapi yang ada sekarang. Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati periferal.

Tanyalah ahli farmasi anda hari ini tentang jenama yang dipercayai bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf periferal anda yang rosak.

Sekiranya anda mengalami rasa kebas dan rasa berdenyut pada kaki, segeralah membuat pemeriksaan. Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes dan amputasi(pemotongan) selanjutnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/