Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rambut Gugur Sebab Kurang Vitamin Ini

Rambut Gugur Sebab Kurang Vitamin

Percaya tak salah satu sebab rambut anda gugur ialah disebabkan kekurangan vitamin. Ya betul, Rambut Gugur Sebab Kurang Vitamin. Teruskan bacaan anda.

Rambut Gugur Sebab Kurang Vitamin

 

Tahukah anda kekurangan vitamin boleh menyebabkan keguguran rambut?

Ya betul, banyak sebab yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Antaranya ialah faktor penjagaan rambut, rambut yang terdedah kepada kepanasan melampau dan bahan kimia, dan juga tekanan perasaan serta ketidak-seimbangan hormon. Selain faktor-faktor di atas, kekurangan vitamin juga adalah penyebab yang menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

Untuk memastikan rambut anda tumbuh dengan sihat dan kurang keguguran, anda kena pastikan yang rambut anda mendapat vitamin yang sepatutnya. Kekurangan vitamin yang penting untuk rambut akan menyebabkan rambut anda gugur dan jadi tidak sihat. Jom saya terangkan vitamin apa yang penting untuk rambut anda.

Vitamin-vitamin yang penting untuk rambut:

Vitamin B12 –> Vitamin yang penting untuk mendapatkan rmbut yang sihat dan kuat. Vitamin B12 membantu membawa oksigen keseluruh badan termasuk kulit kepala. Tanpa oksigen yang mencukupi di kulit kepala anda, pengaliran darah akan terganggu dan menyebabkan rambut anda gugur. Jadi, pastikan anda mengambil vitamin B12 dalam diet harian anda kalau tak nak rambut gugur.

Vitamin B5 –> Vitamin ini adalah vitamin yang baik untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Masalah rambut berubah menjadi putih (beruban) uga disebabkan kekurangan vitamin ini. Vitamin ini boleh diperolehi samada melalui pengambilan supplemen ataupun pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin penting ini. Makanan seperti bijirin dan kuning telur adalah contoh makanan yang kaya dengan vitamin B5.

Vitamin B7 –> Juga dikenali sebagai biotin. Ianya sangat penting untuk membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut. Anda kena memastikan anda mengambil jumlah biotin yang mencukupi membolehkan ianya berfungsi dengan optimum. Maslah keguguran rambut boleh diatasi dengan berkesan sekiranya anda mengambil biotin dalam diet pemakanan anda. Sayuran-sayuran hijau dan kacang soya adalah makanan yang kaya dengan biotin.

b-complex

 

Vitamin E –> Rambut juga boleh menjadi putih (beruban) disebabkan kekurangan vitamin E. Keguguran rambut di awal usia juga adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin ini. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E untuk mengekalkan rambut yang sihat dan kuat.

vita-e-complex-1

Vitamin C –> Selain untuk menjaga kecantikan kulit, vitamin ini juga amat penting untuk menggalakkan pengaliran darah di kulit kepala. Memperbaiki pengaliran darah di kulit kepala adalah amat penting bagi mengurangkan masalah rambut gugur dan menggalakan pertumbuhan rambut. jadi, jangan lupakan vitamin ini dalam diet harian anda.

vita-c plus

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.