Ramadhan Bulan Nyah Toksin

Ramadhan Bulan Nyah Toksin

Orang kata “Perut sarang penyakit”. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai ‘racun’ yang bersarang di dalam perut. Nyah Toksin orang kata.

Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.

Puasa memiliki banyak kebaikan antaranya memberi kerehatan kepada aktiviti perut seterusnya menyebabkan darah yang sebelum ini tertumpu di perut dapat mengalir kepada organ lain seperti otak dan jantung dan membantu individu tersebut untuk lebih fokus.

Selain itu, ketika berpuasa salur darah akan mengecil dan menyebabkan tekanan darah menurun. Hal ini membantu mengurangkan tekanan dan membuatkan jiwa lebih tenang.

Malah, pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga juga turut berlaku akibat penyerapan glukosa dan kolesterol yang sedikit.

Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memulakan perjalanan kecergasan fizikal. Bersenam pada bulan ramadhan mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk meningkatkan metabolisme anda.

Anda boleh memilih untuk melakukan latihan sebelum atau selepas berbuka puasa dan perlu melakukan senaman intensiti yang rendah untuk mengekalkan kesihatan anda secara keseluruhan dan mengelakkan pertambahan berat badan.

Berdepan dengan cabaran tanpa makan dan minum hampir 14 jam sudah pun begitu mencabar ketahanan apatah lagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Asalkan tubuh menerima hidangan sebelum bersenam dan dicaj semula dengan hidangan pasca-senaman, senaman berat boleh dilakukan.

Artikel: iSIHAT Julai 2013

Info lanjut berkenaan Set Berpuasa KLIK SINI