Ramadhan Berlalu, Aidifitri Menjelma

Ramadhan Berlalu, Aidifitri Menjelma

Bulan Ramadhan dan hampir berlalu meninggalkan kita. Kini Aidilfitri Menjelma. Baju raya dah buat? Kuih raya dah buat? Rumah dah cat? Sebelum tu baca tazkirah akhir Ramadhan sekajap sebagai peringatan sesama kita.

Ramadhan Berlalu, Aidifitri Menjelma

Ramadhan

Daripada Jabir, Baginda SAW bersabda:

“Apabila tibanya malam terakhir Ramadan, langit, bumi dan para malaikat bersedih atas satu musibah besar bagi umat Muhammad SAW.”

Sahabat bertanya:

“Apakah musibah itu wahai Rasulullah?”

Jawab Baginda SAW:

“Perginya Ramadan meninggalkan kita. Bulan yang dimakbulkan doa, amalan diangkat dan diterima, pahala kebajikan digandakan dan azab ditangguhkan.”Apakah ada musibah yang lebih besar daripada berpisah dengan Ramadan? Apabila langit dan bumi serta malaikat bersedih untuk kita, sudah semestinya kita sebagai manusia akan lebih bersedih atas perpisahan ini.” (Hayatul Qulub)

Aidilfitri

Aidilfitri adalah kemenangan menghadapi ujian puasa selama sebulan. Hari raya ini dikaitkan dengan fitrah kerana manusia kembali kepada fitrah asal yang dihalalkan segala perkara terlarang semasa berpuasa.

Baginda SAW bersabda:

“Dua kegembiraan bagi seorang yang berpuasa iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya dengan amalan ibadah puasa itu.”

Maksud kegembiraan ketika berbuka adalah ketika berbuka pada hari Ramadan dengan taufik dan inayahNya. Keduanya, kegembiraan berbuka di akhir Ramadan sebagai pengumuman selesainya puasa dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad bahawa dengan kurniaan dan rahmat Allah SWT mereka bergembira dan itulah yang terbaik hasil daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah Yunus, ayat 58).

Sambutan Perayaan

Ketika Baginda SAW menghadiri suatu perayaan, beliau mengizinkan satu kumpulan bersuka ria di rumah Baginda SAW yang selari dengan Masjid Nabawi. Baginda SAW juga mengizinkan Saidatina A’ishah bersuka ria bersama sahabatnya bagi meraikan naluri kemanusiaan di samping memelihara tatasusila agama Islam.

Begitu juga peristiwa berlaku kepada Saidina Abu Bakar, ketika A’ishah berhibur bersama seorang temannya. Lantas dilarang oleh Abu Bakar seraya berkata:

“Seruling syaitan berkumandang di rumah Rasulullah?”

Beliau menyangka Rasulullah SAW sedang tidur dalam keadaan wajahnya tertutup. Apabila mendengar perkataan Abu Bakar, Baginda menyingkap wajahnya lalu bersabda:

“Biarkan mereka wahai Abu Bakar kerana setiap kaum ada perayaannya tersendiri dan ini adalah perayaan kita. Semoga kaum Yahudi menyedari agama kita juga memberi ruang kepada perkara sedemikian.”

Aidilfitri Menjelma

Ramadhan Berlalu, Aidifitri Menjelma,
Lupakan yang lalu, Bermaafanlah sesama kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.