Rahsia Wanita Jepun Sentiasa Slim

Rahsia Wanita Jepun Sentiasa Slim dan Panjang Umur.

25 tahun yang lepas, purata umur wanita Jepun ialah 84 tahun setengah (rekod dunia) dan yang paling hebat, mereka ini mempunyai berat badan yang ‘maintain’ sampai ke tua. Apa Rahsia Wanita Jepun Sentiasa Slim dan panjang umur yer? Teruskan bacaan anda.

Rahsia Wanita Jepun Sentiasa Slim

1.Makanan

Faktor utama mereka hidup sihat dan panjang umur ialah pengambilan makanan yang boleh membantu mereka menurunkan berat badan SETIAP hari.

Antara makanan HARIAN orang Jepun pada masa itu (hingga sekarang) ialah:

  • Ikan (Sushi, Ikan bakar )
  • Rumpai laut (Ada dalam Miso Sup)
  • Buah-buahan
  • Soya (Masakan yang berasas Miso paste, kicap soya)
  • Nasi (Semangkuk nasi Jepun)
  • Sayur (Fresh Salad)
  • Teh Hijau (Green Tea)

Percaya atau tidak, orang Jepun menggunakan 10 % dari dari jumlah keseluruhan ikan di dunia walaupun jumlah populasi mereka hanyalah 2% dari jumlah penduduk dunia.

2.Adab Makan

Sejak dari kecil, masyarakat Jepun sudah diajar tentang adab-adab berada di meja makan. Antaranya;

  • Makan dengan perlahan-lahan dan menghargai setiap butir nasi yang mereka makan.
  • Jangan ambil nasi banyak-banyak hingga penuh mangkuk.
  • Nasi dan lauk perlulah diletakkan di mangkuk yang berasingan.

3.Penyediaan Makanan

Cara masakan orang Jepun adalah ringkas. Makanan dimasak secara tertib dan perlahan-lahan. Kebiasaannya makanan akan dimasak dengan cara dibakar/panggang, direbus, atau dikukus/distimkan. Perbezaan ketara antara masyarakat jepun dan masyarakat barat ialah mereka menjadi nasi sebagai makanan ruji dan bukannya roti.

4.Sarapan Pagi

Sarapan pagi amat penting bagi masyarakat jepun. Menu sarapan pagi mereka terdiri daripada pelbagai menu hidangan. Antaranya adalah;

  • Teh hijau
  • Nasi Kukus
  • Sup
  • Tofu
  • Bawang Putih
  • Rumpai laut
  • Omelet
  • Ikan.

5.Dessert

Dessert yang manis adalah amat jarang dimakan oleh masyarakat jepun. Tetapi jika ada di dalam pilihan menu pun, hanya dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit. Bukannya mereka tidak suka coklat, ais krim, cookies, dan kek. Tetapi mereka tahu akan kesan negatif pengambilan makanan ini kepada tubuh badan mereka dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka.

6.Bersenam

Bersenam sudah menjadi aktiviti harian orang Jepun. Untuk mengekalkan cara hidup yang sihat, mereka menjadikan aktiviti berjalan kaki, berbasikal, dan mendaki bukit sebagai satu BUDAYA.

Sumber: http://healthylifestar.com/japanese-woman-never-get-fat-live-longest/

2 Comments
  1. Noriza Rahman 2 years ago
  2. RV Master 2 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.